Monday, February 2, 2009
Syabas Toyyib Erdogan
Syabas Perdana Menteri Turki,Toyyib Erdogan yang secara terang-terang berani mengkritik dan menghentam Perdana Menteri Israel Shimon Peres laknatullah secara berhadapan dan dihadapan masyarakat dunia dalam satu debat berkaitan Gaza semasa sidang Forum Ekonomi Sedunia di Davos, Switzerland.
Semasa kehangatan debat sedang berlangsung secara live dengan Shimon Peres la'natullah mempertahankan pembunuhan umat Islam di Gaza, Sdr Erdogan dengan tegas menyatakan "Apabila berkata tentang pembunuhan, awak memang pakar dalam bagaimana nak membunuh" sambil beliau terus bangun meninggalkan debat tersebut.
Debat yang dihadiri juga oleh Setiausaha Agong PBB Ban Ki-Moon & Pengerusi Liga Arab Amr Mousa dibuat di hadapan ramai hadirin forum tersebut dan disiarkan oleh banyak rangkaian media antarabangsa. Ramai yang terpegun dengan kelantangan dan keberanian Sdr Erdogan di hadapan masyarakat Eropah yang menjadi penyembah Yahudi Zionis ini.
Bravo Sdr Erdogan..we salute your courage & bravery Sir..may ALLAH give you the strength & conviction to lead the ummah out of this misery & fitnah..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


1 comment:
ya..
sabas sabas..
Post a Comment