Wednesday, January 21, 2009
Tindakan Bodoh Seorang Menteri Melayu
Pegawai Kerajaan Persekutuan dilarang hadir mesyuarat negeri
IPOH: Semua pengarah jabatan dan agensi Kerajaan Persekutuan dilarang daripada menghadiri mesyuarat-mesyuarat di peringkat negeri berkuat kuasa serta-merta.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, hanya pengarah agensi peringkat negeri yang dibenarkan menghadiri mesyuarat negeri, yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri atau pegawai daerah.
"Kita tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan disiplin terhadap pengarah agensi Persekutuan jika mereka menghadiri mesyuarat tersebut," katanya kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Persekutuan Negeri di sini, hari ini.
Ahmad Zahid yang merupakan Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri bagaimanapun berkata, agensi-agensi seperti Jabatan Pengarain dan Saliran, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Kesihatan, Jabatan Pertanian dan polis dikecualikan daripada larangan itu.
Ahmad Zahid berkata, berkuat kuasa serta-merta juga, agensi-agensi persekutuan hanya akan menerima syor yang dikemukakan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP).
"Jabatan-jabatan dan agensi-agensi persekutuan telah diarahkan supaya hanya menerima borang-borang yang ditandatangani JKKKP," katanya.
Disebabkan Kerajaan Persekutuan hanya mengiktiraf JKKKP, semua syor yang dibuat JKKKP adalah syor yang sah.
"Kita tidak mengiktiraf syor-syor yang dibuat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK)," katanya.
Berhubung permohonan biasiswa, Ahmad Zahid berkata, kemasukan ke institusi pengajian tinggi juga memerlukan syor JKKKP.
Ahmad Zahid juga memberitahu, 28 wakil Barisan Nasional yang dipilih di peringkat negeri akan diberikan peruntukan khas untuk membantu masyarakat di kawasan mereka.
"Peruntukan itu akan diberikan jika berlaku insiden-insiden termasuk kebakaran, banjir atau ribut petir di kawasan mereka," katanya yang enggan menyatakan jumlah peruntukan bagi setiap kawasan.
Menteri Yang Sakit Otak
Apa yang dengki,khianat,cemburu,iri hati,benci dan zalim sangat dgn kerajaan negeri Perak...?
kenapa otak pak menteri ini masih sempit,masih kanak-kanak yang tak mumaiz...?
mengapa perlu ditekan diasak sebegitu rupa teruknya...?
tidak puas buat cerita pasal tadika KEMAS,sekarang cerita ini pulak.
Tak cukupkah dengan asakan dan tekanan yang dikenakan terhadap kerajaan negeri Kelantan dan rakyatnya?kini mahu ditekan negeri Selangor,Pulau Pinang,Kedah dan Perak.
Ini pemimpin jiwa rakyat?
Ini mahu bantu agama,bangsa dan negara?
Ini kononnya membela bangsa melayu dan dasar melayu
Ini Keadilan semua kaum?
ahaha...melayu sendiri bagi mati melayu.
ahaha...pemimpin melayu sendiri mahu bagi jahanam bangsa melayu
ahaha...melayu sendiri yang bagi sempit fikiran melayu
Sudah la...!!!
Saturday, January 17, 2009
Pilihanraya Kecil P036 Kuala Terengganu
edited by malaysianews
Jentera & Taktik Yang Lapuk
Setiap hari,setiap masa,pembangkang diserang,diasak dan diputabelitkan kenyataan para pemimpin PR oleh media rasmi RTM dan TV3.Isu Hudud,kotak hitam,surat damai,Pas tak membawa kemajuan...
semua itu,isu yang dh lapuk,rakyat dh tak bodoh...nak takutkan pengundi cina dgn Hudud,nak takutkan pengundi melayu dgn penghakisan hak melayu oleh Pas,media neh klu dh bodoh! dr azali la mmg bodoh para editor,para wartawan yang buat kenyataan songsang.
orang cina sendiri nyatakan apa nak takut buat Hudud,mereka rasa ianya baik untuk diri mereka walaupun mereka tidak faham sepenuhnya tapi ianya membawa kebaikan kepada kawasan dia dan diri dia.orang melayu agama Islam takut,putarbelit pakai anjing media.Isu ezam kotak hitam,surat damai...semua itu tak berjaya memikat hati rakyat KT,mereka mahukan isu yang kehadapan isu yang membawa perubahan,bukannya isu lama 10 tahun dulu.
kenyataan pemimpin2 BN yang masih menggunakan kenyataan lama spt jasa2 kerajaan,rasmi itu dan ini membuatkan rakyat rasa mual dan menyampah...
janji2 kosong,geran2 kosong,cek2 tendang digunakan.
media,tiap2 hari serang PR menceritakan kempen BN,seolah2 satu parti saja yang bertanding,gila!...
bila keputusan sudah diumukan ha! malu,senyap selama ini fitnah,tohmahan serta penghinaan yang begitu gah disampaikan dlm berita,ucapan dan ceramah seolah2 yakin dgn kemenangan ceh! sudah la oi dh lapuk la...!!!
PAS RAMPAS KERUSI PARLIMEN K.TERENGGANU

PAS telah berjaya memenangi kerusi Parlimen Kuala Terengganu melalui calonnya, Abdul Wahid Endut.PAS mendapat 32,883 undi manakala BN 30,252, sementara undi calon Bebas adalah 193 undi, di mana PAS mendapat kelebihan majoriti 2,631 undi.
Pada pilihan raya umum ke-12, 8 Mac 2008 lalu Razali menang tipis dengan majoriti 628 undi menewaskan calon PAS, Mohamad Sabu dan calon Bebas, Maimun Yusuf hanya mendapat 685 undi
Ini bermakna jumlah ahli Parlimen Pakatan Rakyat bertambah menjadi 83 kerusi, sementara jumlah ahli Parlimen BN merosot kepada 137 orang apabila dua ahli Parlimen SAPP turut meninggalkan BN baru-baru ini.
Tuesday, January 6, 2009
SELAMATKAN PALESTIN

JAHANAM YAHUDI!!! JAHANAM ISRAEL!!!
Presiden Bush, mengulangi kenyataan angkuh pimpinan regim Israel menuntut Hamas menghentikan serangan. Buat mereka nyawa, tanah dan harta rakyat di Ghazza tidak berharga lagi! Isu penjajahan, rampasan tanah, sekatan dan penindasan serta pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin tidak dibicara.
Rakyat Arab berang dan tunjuk rasa, bukan sekadar membantah tindakan Israel, malah mengecam kelesuan pimpinan negara Arab.HAMAS

Bagi aku Hamas adalah satu pertubuhan yang benar-benar berjuang untuk membebaskan Palestin dan tidak mahu mengiktiraf Israel sebagai satu negara,ia memang...Israel tu negara HARAM! orang Yahudi celaka tak tahu baca sejarah!
Al-Quds bukan saja tanggungjawab orang Palestin, malah semua kita orang Islam bertanggungjawab untuk mempertahankanya.


Teruskan perjuangan dan mempertahankan hak wahai saudaraku di bumi Palestin...
Monday, January 5, 2009
Hudud
apa nak takut soal Hudud?
Hudud bukan akta menzalimi orang baik
biasanya orang yang buat jahat la takut ngn Huduh neh.
Hudud untuk menyelamatkan negara,mengharmonikan masyarakat,mendamaikan umat
apa nak takut ngan Hudud?
Hudud bukan saja tanggungjawab PAS
Hudud tanggugngjawab semua orang Islam
Hudud ciptaan Allah
Perlembagaan ciptaan manusia
haih! kadang tu perlembagaan lebih di hormati,lebih di percayai dari Al-Quran.
Orang lagi takut Perlembagaan dari takutkan Al-Quran.
Apa ni?bangsa sasau!
Orang bukan Islam tak payah nak bisng-bising,nak kecoh-kecoh
Undang-undang Islam hanya untuk orang Islam
orang bukan Islam tak payah dok takut tak tentu pasal.
Agamamu,Agamamu
AgamKu,AgamaKu
Jadi orang bukan Islam tak payah nak takut,risau dan fikir benda yang bodoh.
Orang Islam pulak tak payah nak berdolak dalik,zaman modenlah,tak sesuailah
jangan jadi Bodoh dan bengap!
Media Malaysia Yang Bodoh!!!
Jangan fikir rakyat bodoh,lebih baik pergi cerita pasal artis lagi bagus dari nak berbicara soal politik.kalau crita pasal artis,artis jatuh tangga pun heboh,ceh!
Media Malaysia ni bukannya boleh pecaya sangat,bukannya boleh harap sangat.cerita lebih-lebih tak pernah betul tak pernah tepat pun
oi! RTM,TV3 media celaka!
aku bagi contoh la senang pasal isu Tadika Kemas kat Perak,apasal media ni bodoh sangat tak pergi tanya Menteri Besar Perak soal itu,dia pergi tanya orang lain,orang lain taw apa...
ini aku bagi kenyataan YAB Menteri Besar.
YAB Menteri Besar menjelaskan kerajaan negeri tidak pernah pun menutup atau mengarahkan mana-mana pihak untuk menutup mana-mana premis tadika kemas di negeri ini, sebaliknya mengalu-alukan kewujudan sekolah tersebut sebagai salah satu medium terpenting dalam usaha mendidik anak bangsa kita," katanya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang mengatakan kononnya kira-kira 13,000 murid tadika di negeri ini mungkin terjejas pembelajaran mereka ekoran tindakan kerajaan negeri Perak mengarahkan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) mengosongkan 700 premis tadika milik agensi itu.
Dalam pada itu, menurut Ketua Penerangan pertubuhan tersebut, Ahmad Shahir Abdul Aziz ketika menjelaskan isu ini berkata pihak media khususnya media arus perdana sepatutnya meneliti dan menyiasat isu ini terlebih dahulu sebelum dihebahkan kepada umum.
Ini kerana lantaran daripada fitnah dan tuduhan palsu yang dilemparkan membuka ruang kepada kerajaan negeri untuk mengambil tindakan undang-undang.
"Kita berasa cukup terkilan dengan tuduhan berkenaan dan kita minta pihak media khusunya media arus perdana untuk berjumpa sendiri dengan pemimpin kerajaan negeri bagi mendapatkan penjelasan sebenar," jelas beliau.
Nampak! semuanya sebab media yang bodoh buat liputan Penipu!
saja maw buat Disaster...
ha! sekarang dah malu bukannya nak buat ulasan balik minta maaf ke,buat kenyataan yang betul balik,ini tak! senyap je
sombong,bongkak,angkuh,takabur,bodoh sampai mati la media malaysia!!!!
Ezam Lakukan semuanya Untuk Anwar Ibrahim?
Sebagai idola dan mentor saya, secara jujur saya melihat bahawa komitmen Ezam untuk Anwar cukup tinggi nilainya. Malah, usaha mahu menjadikan Anwar sebagai Presiden PKR juga telah beliau usahakan dalam bentuk kertas kerja yang dipersembahkan sewaktu Retreat MPT di Hotel Corrus Ampang pada 27 – 28 Januari 2007, beberapa hari sebelum bermula Mesyuarat Agung Tahunan Bahagian.
Melihat bagaimana Ezam meletakkan Anwar diatas segala galanya. Azamnya mahu melihat Anwar bebas dari penjara dan seterusnya mendapat rawatan di luar negara, beliau usahakan tanpa henti dan kenal erti putus asa.
Menerusi pengalaman pahit Ezam di Penjara Kajang sehingga dibebaskan pada Jun 2003, beliau dapat bayangkan sendiri terseksanya penderitaan Anwar yang sakit di Penjara Sungai Buloh. Justeru beliau usaha semua cara untuk dapatkan rawatan bagi Anwar termasuk mengaturkan pertemuan antara Dr Wan Azizah dengan Pak Lah di Singapura. Bairpun ketika itu tohmahan bertiup kuat kerana kemampuan Ezam mengatur pertemuan dengan Perdana Menteri, namun yang penting baginya ialah Anwar dapat peluang menjalani rawatan diluar negara.
Jangan juga kita lupa bahawa usaha Ezam yang berjaya membawa Khairy mengadap Anwar dirumahnya bagi mengaturkan urusan passport Anwar berangkat ke Jerman untuk menlajani rawatan sebaik sahaja bebas daripada Penjara Sungai Buloh.
Kesemua ini saya catit sewaktu Ezam memberikan penjelasan pada malam 13 Februari dirumahnya di Shah Alam. Kehadiran teman teman Angkatan Muda, pimpinan Selangor begitu ramai sekali. AMK Kelantan hadir juga dengan membawa banner bertulis “ Sdr Ezam, Kami Pohon Sdr Kembali Dalam Arus Perdana Parti. Kami Memerlukan Kepimpinanmu. Hidup Ezam. Daripada Pimpinan Akar Umbi Negeri Kelantan..” Tetapi yang menyedihkan kami apabila ada dikalangan teman teman yang hadir telah menerima panggilan talipon dan sms menegah mereka hadir kerumah Ezam!
Pengorbanan Ezam untuk Anwar ketika itu menjadi benchmark bagi ahli ahli parti terutamanya golongan pemuda untuk berjuang habis habisan untuk Anwar. Sewaktu Ezam berusaha keras mencari jalan rundingan bagi membawa Anwar keluar negara mendapat rawatan, beliau tidak ada pilihan selain daripada bertemu dengan pimpinan kanan UMNO dan kerajaan untuk membuka ruang menemukan Dr Wan Azizah dengan Pak Lah. Ketika inilah pimpinan UMNO yang bertemu Ezam telah mengambil kesempatan untuk menangguk di air keroh dan cuba membawa Ezam menyertai UMNO dan kerajaan Barisan Nasional. Ezam dengan tegas memberikan kata dua bahawa seandainya tiada pilihan, beliau sanggup jadi galang ganti sekiranya mereka ini boleh beri jaminan bahawa Anwar akan dibenarkan keluar negara menjalani rawatannya. Dikalangan teman teman, kami melihatkan Ezam sanggup menerima caci hina asalkan Anwar dapat dibawa keluar negara menjalani rawatannya….. Tetapi jelas terbukti tidak ada seorang pun pemimpin UMNO yang berani melaksanakan permintaan tersebut. Pak Lah sendiri pun tidak berani membuat keputusan tersebut. Yang Pak Lah janjikan sewaktu bertemu Dr Wan Azizah adalah tidak ada campurtangan kerajaan dalam menentukan keputusan rayuan kes Anwar Ibrahim.
Bidadari...
yea! aku cukup mengenalimu...
namamu,asalmu,sekolahmu,kelasmu,
pendidikanmu,minatmu,warnamu,
kesukaanmu,dan dirimu...
wajahmu membuatku terlupa akan dukaku
adabmu buat aku menyukaimu
caramu buat aku kagum sekali
pertuturanmu buat aku selesa
ingin sekali aku mendampingimu
ingin sekali aku berbicara bersamamu
ingin sekali aku meluahkan isi hatiku
Bidadari,
Kau buat bibirku tersenyum bila melihat kau tersenyum
seolah-olah tiada duka yang kau hadapi
dirimu umpama bunga yang berduri
adabmu umpama puteri suci
caramu umpama bidadari
kemanisanmu bak embun pagi
Ingin sekali mahu aku bawa utusan hatiku bersama angin di sekelilingmu
agar kau tahu
betapa aku menyukaimu...
betapa aku cinta padamu...
betapa aku mahu kamu...
betapa kau harapanku...
impianku,bidadariku,puteriku,khyalanku,kekuatanku dan kelemahanku...
aku berharap agar kau mengenaliku...
aku bukanlah punjangga baris kata
aku bukanlah putera jiwa cinta
aku bukanlah sepandai arjuna dan rangga yang pandai bermadah ayat cinta
aku cuma insan yang biasa punya hati dan perasaan
aku cuma makhluk yang tidak lari dari kesilapan dan kesalahan
aku cuma lelaki yang mempunyaai cita-cita
aku tahu usaha aku tidak sehebat mana
tapi aku tetap akan cuba selagi daya badanku boleh berkerja...












