Sunday, November 30, 2008

uwanieta

Wanita tunggu dulu
Ku tak mahu menyentuhmu
Bukanku tak tahu apa itu asmara

Wanita pujaanku
Lupa saja bencimu
Pada cinta lama yang tak pernah setia

Bila...oh bila...
Romantiskah jiwakan hati kita?

Wantia sabar dulu
Ku tak mahu menyentuhmu
Bukan ku tak tahu apa itu asmara

Wanita pujaanku
Buang saja bencimu
Pada cinta lama yang tak pernah setia

Bila...oh bila
romantiskah jiwakan hati kita?

Thursday, November 27, 2008

Wajah

Aku bersyukur selepas aku mempunyaai teman yang terbaik aku juga mempunyaai teman yang sentiasa mengisi hari dan hatiku.setiap mereka ada keistimewaan ada kebaikan pada hati mereka kadang-kadang buat aku bengang jgk ahaha...tapi inilah kehidupan berkawan.

cdan,zambrey,faizi,paktam, faiz,bijen,uni,akmal,syed,sopi,bird,bullet,skele,mat pit...

setiap mereka ada kelebihan ada keburukan.aku minta maaf andai kenyataan aku ini membuat kamu semua rasa murka ahahaha(peduli apa aku)ahahaha...soreylah wei semua ni cuma pemerhatian dan pandangan aku dan aku menilai setiap satunya.

aku bermula Cdan,dia neh seorang yang bagus dan sentiasa diperlukan dikalangan semua kerana dialah yag boleh menceriakan suasana klu dia tiada mcm x fun plak,sikap dia yang suka korek sana korek sini kadang tu suka kentut buat orang rasa kurang senang tapi itulah yang menceriakn kami,itulah perangai cdan.sangat relax orangnya(boleh conteng macam2 kt belakang dia)ahaha pakar dalam muzik terutama gitar.

Zambrey,klu tgk sekali mcm sombong tapi tidak dia bagus dengan kawan2 tidak kedekut soal belanja makan ke apa ke dia boleh support kadang tu tambah duit kita jgk tapi aku kadang x faham ngn zambrey neh apahal dia boleh tinggalkan seorang gadis cantik?yang aku lagi pelik zambrey neh ramai jgk gadis2 dikelilingnya hoho,apa2 pn dia ni jgk penting soal semangat dia bila camping zambrey tanpamu tiadalah api menyala,tiadalah khemah terdiri,tiadalah,kayu2,tidak ada masakan.itulah memang zambrey penting kerana dia aku lihat mmg bersemangat dan tekun melakukan apa jua kerja.terima kasih zambrey...style...style...

Faizi,huh! MAN U die hard fans orgnya.sentiasa smart dan bergaya patut la lu dapat awek baik punya ahaha apa saja psl bola pasal MAN U tanya saja dia ahaha tp jgn kutuk2 MAN U dpn dia ngn zem bahaya wo...ahaha

Paktam ha! ini jenis 'apa prog' sentiasa mencari program2 terbaru sbb kebosanan di rumah pekaka,nasi kuning,bundle ha! semua boleh pergi.aku pn x bosan ikut kpala dia neh ahaha datang je rumah kita pasti bunti hon dia tu hoho...yang aku pelik awek banyak,siap dpt mms lagi tapi mana yg btul2 dia sayang?ahaha gadis2 dijalanan kena jaga2 jumpa je dia neh pasti menjadi mangsa mulut paktam ahaha...garing-garing...

Faiz owyeah abg laskar maritim neh makin hari makin bergaya dan InsyaAllah disiplin tu akan meningkat,tapi skg neh ssh dh nk lepak sekali pasal dia neh sudah berkejaya di laut menjaga negara ahaha dia neh kuat boleh angkat LC boleh tarik MYVI ahaha

Bijen,bekas jiran sebelah rumah aku jalan sekendi.aku suka berbicara dengan dia soal politik terutamanya,bagus dia neh walaupun kadang karat sangat tapi dia neh sentiasa membuka minda, dia ni pun sentiasa memberikan keceriaan,Blogspot neh dia yg ajr aku sedikit sebanyak.terima kasih bijen.dia juga director yang sangat baik beb ahahah sentiasa mahu cuba benda yang baru.

Uni,siapa x kenal Kasanova...ahaha dia ni pn penting ada saja cerita darinya soal kerja dia,awek,gadis2,politik(tapi talam dua muka neh) dan pelbagai.ada saja idea2 yang baru kadang mulut dia buat orang bengang jgk ahaha tapi sronok bila dia lepak bersama.

Akmal,ha! siapa tidak kenal?the king of darkness ahahaha...banyak bagi aku pasal knowledge2 soal muzik neh,tidak boring bila bersama dia tanya saja soal pc atau movie pasti dia boleh jawab,klu ada masalah pc hantar dan tanya saja pada dia InsyaAllah dia boleh mmbantu,tidak kedekut dan pembersih orangnya.dia puya gelak tu klu dia gelak ha!! taw2 jelh...

Syed,penyeri bila time lepak,working class jgk orgnya ahaha dia suka sayur-sayuran ahaha.soal laut tanya saja syed pasti tahu bila air pasang,bila air surut.bila lepak saja pasti ada isu dari dia yang buat kita ketawa ahaha...

Sopi,dia ni paling baik antara kami,anak imamlah kan.ada idea2 baru dia,orang yang rajin dan tekun,dia tidak kedekut dan tidak sombong sama sekali,tidak pernah lupa kawan2 dan dia sentiasa akan membantu klu dia mampu,tapi jgn sesekali melukakan hati dia,nnt dia merajuk wo! aku ggt tangan dia pn,dia merajuk hoho...tapi sopi pn ada masalah mencari gadis neh haish!!! siapakah gadis idamanmu sebenar...?

Bird,lawak orang dia,tapi amat pakar dalam soal pc,web,software apa2 pn psl teknolgi pc neh pasti dia menjadi tempat rujukan selain akmal dan bijen,penyeri dan membawa keceriaan pada kita,tgk muka dia pn mmg nk tergelak tapi aku masih respect dia.

Bullet,jarang lepak sekali tapi dia sentiasa memberikan sokongan kalau ada apa2 program kalau nak bwt program memerluka duit dia akn bagi tanpa banyak soal,dia ni macam x banyak masalah ahaha....bagus Bullet

Skele,dia neh orang yang pandai,serius dalam beberapa perkara,kalau time ngn kawan2 dia boleh gembira bersama,klu time dia study tumpu pada pelajaran atau apa2 projek tugasan soal itu dia sangat mengambil berat dan serius pada kerjanya.pandai main gitar orangnya,ada bakat,pandai jugak melukis tidak kedekut dan dia jgk membawa keceriaan bersama.

Matpit,dh jarang sekali jumpa jarang sekali lepak,lucu orangnya ada saja isu dia.walaupun dh pindah kluar dari Parit Buntar tapi masih x lupakan kawan-kawan.Kami semua rindu kt ang Pit ahaha...

semua aku dh cerita perangai sorang-sorang.aku minta maaf andai terlebih,semua ni cuma pandangan dan pendapat aku dan aku menilai.semuanya sangat penting dan sentiasa membawa keceriaan...bila semuanya bersama terasa kita satu pasukan yang hebat dan ceria dengan cara kita dan watak kita.

Terima Kasih Semuanya...

TEMAN

Teman...apakah berbeza dengan kawan,sahabat,saudara...?
bagi aku teman segalanya temanlah kawan,temanlah sahabat,temanlah,saudara dan teman juga keluarga.

aku bersyukur kerana mendapat pengalaman untuk mempunyaai teman-teman yang aku sangat sayang.merkelah teman yang terbaik juga keluarga nombor dua aku walau tiada pertalian darah tapi teman seperti merekalah yang sentiasa mengisi hati aku.

Teman terbaik aku di Ipoh merekalah teman yang boleh gelak,ketawa,senyum,sedih,duka,susah,senang,lapar dan kenyang bersama.aku cukup terharu cara merekan mengambil berat,setia kawan,bantu membantu memang tidak aku lupakan.aku rasa mugkin aku tidak lagi dapat merasa nikmat itu,kerana amat susah nak mencari teman yang sanggup susah,senang bersama.

bukti kepercayaan mereka tidak diraguai apa saja aku boleh berkongsi dengan mereka cerita,masalah dan pelbagai.sehingga nombor pin bank pn boleh di beri kerana kepercayaan aku yg tinggi terhadap mereka.

sakit mereka jaga,belajar bersama-sama,teguran,nasihat,kritikan,kata-kata semangat meraka aku tetap kenang, tidak ada istilah kedekut ilmu mahu apa pun terhadap sesama kami...

aku sedih sangat bila berpisah selepas tamat pengjian kerana masing-masing membawa haluan masa depan sendiri ada yang dapat sambung belajar,ada yang kerja terus tapi tidak apa kerana mereka tetap teman aku,aku sentiasa doakan kejayaan setiap teman aku.Tidak akan aku lupa wajah-wajah yang sentiasa bersama aku susah dan senang.gembira hati aku bila bertemu di antara mereka setiap kali bertemu atau berpisah sentiasa aku peluk mereka kerana mereka ini suci bagi aku.

terima kasih teman, terima kasih saudaraku aku sentiasa mendoakan kejayaan semua tidak akan aku lupa wajah-wajah yang sentiasa bersama susah dan senang kenangan kita bersama juga menjadi kenangan palng indah bagi aku.

aku harap satu hari kita akan bersama berjumpa dan lepak bersama seperti mana kenangan dulu.aku mohon ampun dan maaf andai ada dosa aku pada semua teman aku,harap di halalkan segalanya.

andai kata dapat diulangi masa itu,akan aku ulang sewaktu kita bersama.

Terima Kasih din,cibam,kamil,jepf,fahmi,salman,fendi,halim,zul,ammar,poi,apoy,pak'an...juga semua bekas student SKM 4A....

Tuesday, November 18, 2008

Rock The World is Coming Back...



Rock The World is coming back...
setelah sekian lama menyepi semenjak dari Rock The World 7 skg bermula kembali era Rock The World...ahaha long live Indie...

Panglobal R.I.P

Saturday, November 15, 2008

Akta Keselamatan Dalam Negeri,ISA


Abdullah Ahmad Badawi,pernah menyatakan pada tahun 1988 "Jika kita semua hendak menyelamatkan Malaysia dan UMNO, Dr Mahathir (Perdana Menteri ketika itu) mesti diguling. Dia menggunakan undang-undang kejam seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri untuk mendiamkan pengkritiknya." Tahun sebelumnnya, dia juga telah menyatakan "Undang-undang seperti ISA tidak punyai tempat di Malaysia moden. Ia merupakan perundangan tidak berperikemanusiaan dan jahat." Pada tahun 2003 apabila beliau menjadi Perdana Menteri pula, beliau mengatakan bahawa ISA adalah "undang-undang yang perlu," dan mengemukakan argumentasi "Kami tidak pernah menyalahgunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri. Kesemua mereka yang ditahan dibawahnya terbukti mengancam masyarakat secara umum."apa cer...?
Ini menunjukan ISA bukan sahaja menjadi kritikan oleh Parti Pembangkang dan NGO malah oleh ahli2 UMNO dan BN sendiri.

ISA bukan isu baru tapi sebelum merdeka lagi.Disebabkan sifat ISA yang tidak berperikemanusiaan, beberapa pertubuhan hak asasi manusia dan parti pembangkang telah mengritik Akta ini dan memanggil pemansuhannya. Kerajaan asing, terutama kerajaan Barat, juga telah menekan kerajaan untuk memansuhkan Akta.

Pandangan Orang Yang Menyokong Penggunaan ISA
Nak hapuskan ISA boleh. Tetapi masyarakat dan orang ramai, ahli-ahli parti politik dan penyokong-penyokong mereka kena diberi kursus khas dahulu.
1. Apa dia Akta Hasutan dan Akta Cetak?
2. Apakah dan siapakah yang dimaksudkan dengan racialist dan religious extremists dll yang berkenaan?
3. Bagaimana nak bantu Polis dalam siasatan keatas kes-kes hasutan dan kes cetak mencetak termasuklah penulis blog dan artikel di laman web .
4. Bagaimana nak bantu Polis dan Pendakwa Raya dalam perbicaraan di Mahkamah dalam kes-kes hasutan dan cetak mencetak.

Bila orang ramai semua sudah faham, sudah bersedia dalam perkara-perkara di atas barulah ISA dikaji semula sama ada boleh dipinda atau di gantung atau di hapuskan demi kepentingan keselamatan dalam negeri kita.

(betol jugak kan...)

Pandangan Orang Yang Membantah ISA
Sebagai sebuah deen yang sempurna, agama Islam yang diturunkan oleh Allah ini mencakup segala perkara dan tidak ada satu pun yang tertinggal darinya. Dalam bab pengqadhian (penghakiman), Islam telah menggariskan hukum dan kaedah yang lengkap yang wajib diikuti oleh umat manusia. Antara kaedah syarak yang masyhur di dalam bab penghakiman/keadilan Islam adalah “Al-Aslu bara’atu zimmah” yang bermaksud “seseorang itu tidak bersalah sehinggalah dibuktikan bersalah” (innocent until proven guilty). Mengikut kaedah ini, oleh sebab hukum asal bagi seseorang itu adalah tidak bersalah sehinggalah dibuktikan sebaliknya, maka seseorang itu tidak boleh dikenakan hukuman melainkan dengan keputusan mahkamah (setelah dibicarakan dan dibuktikan), dan seseorang itu tidak boleh sama sekali (secara mutlak) dihukum (punish) oleh mana-mana pihak selagi dia tidak disabitkan kesalahan [Syeikh Taqiyuddin an-Nabhani, Muqaddimah ad-Dustur, Fasal 13].

aku ada banyak lagi dalil-dalil yang lain tapi cukup setakat ini...

kesimpulannya
ISA undang-undang penjajah, dan kita telah lama merdeka,kenapa masih guna pakai undang-undang penjajah ini?
kalau ada masalah rujuk ke Al-Quran dan Sunnah semuanya lengkap.apa-apa pun balik kepada ajaran Islam.

hanya pandangan anak muda
pa alif lam ya

10 Tahun Selepas Reformasi



Selepas 10 tahun, gerakan reformasi pada tahun 1998 yang tercetus ekoran pemecatan timbalan perdana menteri ketika itu Datuk Seri Anwar Ibrahim, disifatkan “mendapat kemenangan kecil di sebalik kekalahan besar”.

Seorang aktivis reformasi Hishamuddin Rais berkata, gerakan reformasi yang menggerakkan puluhan ribu rakyat Malaysia turun ke jalanraya itu, gagal menuntut “perubahan struktural” melibatkan perubahan dalam sistem dan dasar-dasar ekonomi.

“Kini Pakatan Rakyat memerintah lima negeri. Apa yang perlu dilakukan kalau reformasi ingin terus dikembangkan - daripada kemenangan-kemenangan kecil kepada kemenangan besar pada 8 Mac - adalah membincangkan perubahan struktural.

Bagaimanapun, Hishamuddin berkata, gerakan reformasi berjaya membuatkan orang Melayu buat pertama kali bangun menentang penggunaan Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA).

Tindakan itu katanya, berbeza dengan tindakan mereka daripada zaman 1971 hingga 1974, yang hanya membiarkan orang Cina sahaja menuntut penghapusan akta kontroversi itu.

Friday, November 14, 2008

Mana lagi Style?



mana lagi style...?

sekadar hiburan dan suka-suka

THE TIMES at Bijou Bazaar Jeumpa Bangsar

Kebiadaban & Kebodohan

Tindakan dua NGO bukan Islam : KataGender dan Food-Not-Bombs mengadakan demontrasi membantah keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengeluarkan fatwa mengharamkan “pengkid’ atau wanita yang menyamai lelaki adalah satu kebiadaban dan melampau. Mereka bukan sekadar tidak menghormati Majlis Fatwa sebagai badan tertinggi Islam di negara ini, tetapi turut tidak menghormati Majlis Raja-raja yang menaungi majlis tersebut. Bahkan dalam masa yang sama 'menghina' para Mufti serta membangkitkan kemarahan umat Islam.

Lantaran itu, tidak hairanlah jika Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan memberi amaran kepada kpd mereka agar tidak mempertikaikan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengharamkan pengkid. Tan Sri KPN berkata : “Saya memberi amaran dan akan mengambil tindakan tegas kerana ini membabitkan soal keselamatan negara,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama sempena “Seminar Isu-Isu Mahkamah Syariah ke-10: Ke Arah Memperkasa Pentadbiran Keadilan Jenayah Di Mahkamah Syariah Malaysia” di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak, dekat sini hari ini. Beliau berkata tindakan NGO yang mempertikaikan keputusan tersebut boleh menjejaskan keselamatan negara dan dikhuatiri mendapat tindak balas di kalangan orang Islam. “Ini menunjukkan mereka tidak menghormati agama orang lain, kerana fatwa itu dikeluarkan untuk orang Islam, kenapa mereka harus membuat demo dan tidak berpuas hati,” katanya. Musa berkata beliau memandang serius perkara tersebut dan akan terus memantaunya bagi memastikan tiada pihak lain yang campur tangan. “Agama Islam ada cara untuk letakkan peraturan dari segi undang-undang Islam, jadi tiada sesiapa yang boleh campur tangan. Tapi masyarakat Islam haruslah menerangkan perkara tersebut agar pihak lain faham mengenainya,” katanya.

Yang aku peliknya fatwa tu untuk orang Islam sahaja yang ada bukan Islam pun pergi berdemo tuntut hak wtf!!!bodoh dan biadab

Lagi satu food Not Bombs ni pertubuhan yang tidak ada kaitan soal keagamaan dan hak wanita masuk berdemo sekali apa hal...?

KoLoNi



TAJUK :
Koloni
GENRE : Eksperimental
DURASI : 06:57:24
PRODUKSI : Suka Suki Produksi
DESKRIPSI: Sebuah filem pendek eksperimental dari Suka Suki Produksi mengenai komuniti yang berbeza dan penuh elemen kontra-budaya

ini merupakan eksperimentasi paling pertama saudara Bijen dalam bidang perfileman..
memang banyak cacat-celanya..
skrip yang dibuat lebih kurang 5 minit sebelum shooting benar menggambarkan persediaan yang kurang..
ditambah pula diarah tanpa story board dan tiada tc dicatit memang begitu menyukarkan..
apapun special thanks untuk semua yang telah menjayakannya..
terutama azam yang telah mengonlinekan filem ini daripada rush dan diedit semula oleh lela..
buat zahid & niza sebagai talent terjun yang dipaksa..
juga buat fara kamera gegar, pali, sopek, fith, it, mar dan seluruh krew famili suka suki...

aku tidak la banyak menyumbang dalam short film neh tapi ada la pengalaman dan dapat makan burger king free ahahaha terima kasih Tuan Director juga merangkap Producer Mr Bijen...

Muzik Indie


Sekarang ini banyak muzik indie telah mula diterima oleh masyarakat,gig pula makin banyak diadakan boleh dikatakan tiap-tiap minggu pasti ada gig.Timbul pula bebudak indie yang berfesyen dengan memakai baju daripada pelbagai label clothing,jenama dan gaya tersendiri.
Apa itu Indie?kadang tu ada jugak beberapa budak yang beria2 dreessup mereka,kononya dressup indie katakan,ada jugak yang baru 'nub'psl indie scene neh,tapi bila ditanya apa itu indie?apa itu?pop?apa itu britpop?mengapa minat muzik?mengapa mods?ada yang kurang pendedahan.
Hari ini aku nak tulis pasal muzik indie,aku pun bukanlah power sgt,aku pn nub jugak ahahah...tapi mungkin sedikit sebanyak dapat membantu beberapa kerat anak muda yang hanya main ikut je muzik tapi tak tahu apa-apa...

Indie bermaksud Indiependent iaitu bebas
terbahagi dalam kategori spt indie rock dan indie pop

Indie Rock
Rock indie adalah salah satu genre rock alternatif yang mana wujud di dalam dunia muzik indie bawah tanah. Perkataan indie adalah singkatan bagi indipendent, jadi "rock indie" boleh bermaksud "rock merdeka" atau "rock bebas" memandangkan kebanyakan artis-artisnya lebih senang duduk di bawah label-label rakaman bebas berbanding label-label besar. Rock indie merupakan sebahagian dari budaya Indie yang turut merangkumi kelompok lain dalam dunia hiburan.

Indie Pop
Secara historis, indiepop merupakan varian atau subkultur dari punk yang mengalami transformasi dalam segi lirik dan musik. Muncul sejak akhir 70-an lewat para musisi post-punk; kemudian mengalami pembentukannya di pertengahan era 80, hingga merekah pada akhir 80-an dan awal 90-an. Sampai sekarang, indiepop telah banyak mengalami revolusi musikal yang beragam. Namun terlepas dari itu, substansi indiepop itu sendiri sama dengan punk; ia adalah punk dengan jaket pop minimalis yang sangat manis; indiepop kids (baca: indiekids) adalah punk dengan sepatu keds dan pakaian sesukanya. Ia memiliki ideologi, filosofis dan pola pikir yang independen, self-sustain dan self-indulgement. Hal ini terlihat secara konkrit dari banyaknya label pop independen yang merilis band/musisi indiepop sepanjang awal 80-an sampai sekarang; maraknya publikasi fanzine seperti propaganda punk di pertengahan 70-an; acara radio/musik, dsb. Secara kultur, indiepop terkomunal dan termajinal seperti halnya punk. Para pelaku dan musisi indiepop membentuk berbagai komunitas yang tersebar secara geografis dan terangkai secara komunikatif lewat fanzine serta sederet lawatan antar kota, daerah, dan negara.Guna mengetahui latar belakang indiepop, kita perlu menelusuri dulu sejarah indie itu sendiri. Seperti diketahui, indie memang berasal dari kata independent. Namun harus dibedakan antara independen sebagai:

(1) status artis/band atau minor label yang tidak dikuasai/dikendalikan major label.
(2) independen dalam konteks indie sebagai subkultur dan genre musik.Untuk pengertian
(1), sejarahnya dimulai sejak awal abad 20 dengan kemunculan minor label seperti Vocalion atau Black Patti yang kala itu berupaya mengikis dominasi major label semacam Victor, Edison, dsb. Walaupun independensi pada pola dan jaman itu tidak menjalin akar dengan pengertian
(2), mereka bertendensi serupa sebagai antitesis mainstream dengan merilis musik kaum minoritas seperti blues, bluegrass, dsb.Tapi saat itu yang terjadi sekadar rivalitas antara kapital kecil melawan kapital besar dan pergerakannya tidak bersifat integral. Lalu di era 50-an mulai berkembang wacana independen untuk memerdekakan kreatifitas dari intervensi kepentingan industri. Kendati demikian, kondisi yang tercipta tidak menghasilkan karakter signifikan. Bipolarisasi terhadap arus utama belum terwujud. Mereka memang berproduksi secara minor tapi iramanya masih mengacu ke pola major label juga. Walaupun bermotif kebebasan berekspresi, mereka hanya independen secara kapital dari major label namun orientasi musiknya tetap setipe major label.

*sedikit sumber tentang Indie pop aku ciplak dari

Bandung Creative City Blog
(sebab tu macam indon sket ahaha)


Wednesday, November 12, 2008

Budaya Mods

Ben Sherman Pictures, Images and Photos

mods?
ini aku tulis sedikit ringkasan tentang mods
mods ialah perkataan daripada modernist ianya macam satu budaya atau subculture yang bermula di London lewat tahun 1950an dan memuncak sehingga awl pertengahan 1960an.
mods mempunyaai elemen seperti lifestyle termasuk pop music,jamiaca ska,British beat music,fashion dan motor scooters(vespa).
Pergerakan mods yang bermula di United Kingdom pada lewat tahun 1970an telah berkembang ke Utara America pada awal tahun 1980an khususnya di Selatan California.
selepas itu wujud lah working-class dandies,hard mods,skinhead,
football hooliganism, dll mods juga membawa era fesyen yang di bawa oleh skinhead dengan memakai fesyen mods spt fred perry,ben sherman,sta-prest trousers dan jean levis,bagi working class pula mereka memakai aksesori spt braces danDr Martens work
boots.dan selepas itu muzik ska,soul,rocksteady dan reggae mula berkembang .
vespa dan lambrettas juga merupakan kenderaan bagi budaya mods

Kerajaan & Parti

Jata Malaysia Pictures, Images and Photos
Ingin aku tegaskan Kerajaan dan Parti adalah berlainan dan bebeza
klu zaman dulu orang tgk jalan tar,tgk sekolah dan pembangunan yang lain orang akan kata BN buat.tapi sekarang orang akan kata itu tanggungjawab mana-mana kerajaan terhadap negara.
Bagi aku kerajaan adalah seperti kapal,Parti adalah kapten yang menggerakan kapal itu,anak-anak kapal dan kelasi seperti rakyat.kalau kapten itu bawa kapal itu ke jalan yang baik,maka baiklah pergerakanya,kalau di bawa kapal itu sesuka hati langgar itu langgar ini rosaklah kapal itu.
setuju...?

Media Malaya Profesional & Beretika?


Media merupakan telegram,warkah dan berita kepada masyarakat.
aku mohon maaf kalau ada yang tidak bersetuju dengan pandangan aku.
Dari penilaian aku media terutamanya RTM dan TV3 serta Utusan Malaysia & Berita Harian sering menjadi alat bagi pihak UMNO/BN untuk menyerang dan memberikan tekanan kepada parti lawan iaitu Pakatan Rakyat,dalam soal ini memang tidak adil bagi pihak pakatan rakyat mereka tidak diberi peluang untuk menjawab balik tuduhan dan tidak juga di beri peluang untuk memberikan kenyataan kepada apa2 isu yang di soalkan dan di bangkitkan,ini satu tekanan kepada mereka,sebab itu adanya Harakah,Suara Keadilan dan akhbar2 pakatan rakyat yang lain untuk menjawab segala tuduhan dan kenyataan mereka kembali.mengapa perlu begini?rakyat sekarang bukan macam zaman dahulu boleh di gula2kan.Oleh sebab itu selari dengan zaman teknologi wujudnya para blogger yang memberikan pandangan dan kritikan mereka sendiri.Media pulak sentiasa membenarkan mereka menjadi kuda oleh pihak2 yang berkuasa.Media itu seolah-olah menjadikan rakyat orang yang bodoh yang akan percaya bulat2 segala apa yang keluar daripada media.
sebab itu media di Malaysia berada dalam tangga tercorot dalam kebebasan media tidak malukah kita?
contohnya berapa ramai yang tahu isu tentang seorang Adun BN Kelantan yang bangun menendang seorang Adun PAS Kelatan semasa sidang dewan undangan negeri?berita ini hanya diketahuai dalam internet dan akhbar Pakatan Rakyat,aku fikir kalu Adun Pakatan Rakyat lah yang bersikap sedemikian rupa sudah tentu beritanya 30 hari 30 malam keluar didalam media dan akhbar.Betul?Mengapa perangai media ini sangat tidak profesional?
kalau Begitu aku cadangkan UMNO/BN buat akhbar sendiri macam Harakah dan Suara Keadilan,kerana Harakah dan Suara Keadilan itu memang akhbar mewakili parti mereka.
janganlah digunakan RTM,TV3,Utusan,Berita Harian untuk menghentam orang lain.
seolah-olah kamu ikat kaki,tangan dan tutup mulut dan mata mereka dan hentam mereka,pukul meraka dan ludah mereka dan kamu kata kamu adil,kamu kuat,dan kamu mengamalkan demokrasi...wtf...!



Pandangan Peribadi Aku Tentang Politik

Dewan Rakyat Pictures, Images and Photos

Aku melihat UMNO/BN sbg kerajaan yang mampu memajukan negara dan menjaga kepentingan bangsa.Tetapi dalam masa yang sama aku melihat sikap untuk terus berkuasa menjadi agenda utama sesetengah pihak pembelaan rakyat tidak lagi dihiraukan,aku percaya ada ramai dalam UMNO/BN yang benar-benar berjuang memartabatkan bangsa dan memajukan ekonomi negara.Aku melihat sikap sesetengah pihak dalam UMNO/BN yang tidak profesional dalam Parlimen membuatkan aku rasa benci melihat mereka bercakap dalam parlimen juga Dewan Undangan Negeri.sikap untuk terus kekal berkuasa perlu di hapuskan yang penting kepentingan rakyat.aku melihat UMNO/BN tidak mahu menerima kenyataan kekalahan mereka dan kehilangan beberapa buah negeri,sikap yang mengutamakan kekuasaan lebih menjadi agenda utama dari rakyat.Sikap diskriminasi pada negeri-negeri yang diperintah pakatan rakyat dan serangan media membuatkan aku tertanya,adilkah UMNO/BN.
Parti Keadilan Rakyat,PKR yang menjadi tulang belakang bagi Pakatan Rakyat juga aku melihat menjadi pendorong pengerak dan kesedaran bagi rakyat.Dato Seri Anwar merupakan pakej terbaik bagi PKR dan kekuatan bagi Pakatan Rakyat,kelantangan beliau dalam parlimen menjadikan barisan pakatan rakyat ini lebih kuat dan mantap.bagi aku Dato Seri Anwar merupakan pemimpin terbaik dan mempunyaai ciri-ciri kepimpinan yang tegas dan beribawa.bukan orang soal orang taksub dengan Anwar,tapi soal cara kepimpinan beliau dan ini di iktiraf oleh majalah TIME beliau antara 100 tokoh yang berpengaruh.Tapi aku rasa langkah beliau kononnya ada beberapa MP BN melompat ke Pakatan Rakyat dan isu kerajaan baru 16 September bagi aku ianya memalukan bukan sahaja ahli-ahli PKR sendiri malah aku rasa ahli Pakatan Rakyat yang lain pun rasa macam badut.
dan apakah PKR satu hari nanti akan menjadi musuh bagi PAS?kerana bagi aku bukan mudah untuk menjadi satu parti yang berbilang kaum,aku ambil contoh UMNO sendiri yang parti melayu pun ada masalah dan ada team yang berlainan bagaimana pula PKR?
bukan mudah nak memuaskan hati semua pihak,hati bangsa sendiri pn sukar untuk kita puaskan ini kan pula hati bangsa lain.aku bukan anti kaum mana2 tapi perlu ada satu sistem yang baik dan mudah bagi PKR.
Aku bersetuju dengan MP Ibrahim Ali walaupun aku tidak berminat dengan ideologi beliau tapi kenyataan beliau tentang sesetengah MP UMNO/BN yang berani juga menegur dan lantang mengkritik sesama mereka sendiri dan kementerian yang mereka tidak puas hati menunjukan ada keberanian bersuara dalam UMNO/BN.Tapi berbeza dengan Pakatan Rakyat,aku tidak nampak sesiapa dari PKR,PAS atau DAP berani mengkritik kepimpinan mereka sendiri terutamanya Dato Seri Anwar Ibrahim,mengapa begitu?
PAS,aku melihat parti Islam ini merupakan parti pembangakang yang matang dan sudah melaluai pelbagai rintangan dan tekanan yang hebat.Kerana itu parti ini masih kekal dan semakin ramai ahli bukan Islam menerima parti ini.Parti yang di dokong oleh para alim Ulama dan di akuai oleh seluruh dunia dan juga di hormati oleh sesetengah ahli UMNO/BN kerana sikap sabar,rendah diri,mesra dan tawaduk mereka ini menjadikan mereka dihormati dan disegani oleh parti lawan,Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Haron din antara kepimpinan PAS yang di segani.bodohlah klu ada orang yang tidak menghormati golongan ini.kadang aku terfikir orang2 melayu ni sanggup mati kerana pertahan bangsa atau sanggup mati kerana pertahan Islam?fikirlah...tp ada jgk ahli2 PAS yang aku rasa memalukan parti mereka sikap sesetengah ahli yang tidak profesional dalam mentadbir daerah dan kampung membuatkan nama parti menjadi kotor.cara penampilan mereka jugak menjadi isu aku.bukan isu jubah atau janggut,tp kadang keterampilan yang agak selekeh.
Aku melihat DAP terutamanya MP yang mewakili DAP tidak profesional dalam berbahas dalam parlimen sikap yang tidak sabar dan menjerit2 beberapa ahli DAP ini membuatkan parti Pakatan Rakyat yang lain terpaksa menanggung malu dari sikap mereka.Slogan Malaysian Malaysia aku memang tidak bersetuju dan tidak sesuai dengan perlembagaan
Soalnya apakah DAP akan bersama selamanya dengan PAS?kita tunggu dan lihat...

Akhir sekali harapan aku,kadang aku teringin hendak merasa bagaimana Pakatan Rakyat ini memerintah Malaysia bolehkah mereka memberikan yang terbaik daripada Barisan Nasional atau lebih teruk jadinya...?aku tak tahu kerana sepanjang aku hidup hanya BN sahaja yang memimpin kerajaan dalam Malaysia,aku nak sesuatu yang baru,contohnya takkan lah hari-hari kita makan nasi lauk ikan,kadang tu selera kita pun bertukar mahukan ayam atau yang lebih istimewa macam kambing atau bahan lain yang halal dimakan.Begitu juga negara Malaysia ini,begitu juga aku mahu merasa pengalaman bagaimana kalau Pakatan Rakyat itu yang memerintah Malaysia...?kita tidak boleh kata matilah kita,habislah kita,bankraplah,rosaklah ekonomi.Belum merasa,sudah menilai...tidak patut.

Hanya pandangan dan pemikiran peribadi aku
Pa Alif Lam Ya




Tuesday, November 11, 2008

Anak Muda & Politik


Ada sesetengah anak muda yang tidak mahu ambil tahu pasal politik,dan tidak mengambil berat soalnya,kononya umur masih tidak cukup untuk berbicara soal politik.aku tidak setuju dengan pandangan itu semua orang tidak kira sesiapa pn apa pn peringkat umur dan usia perlu mengambil tahu soalnya.Tambahan lagi sebagai umat Islam yang mana Islam tidak boleh dipisahkan dengan politik,barang siapa yg menafikan dan cuba memisahkan politik dan agama berdosa hukumnya dan seolah2 tidak bersetuju dgn Islam.Aku percaya ada juga anak muda yg masih mengambil tahu soal politik.politik bukan sahaja soal parti,tetapi juga soal ekonomi,sosial,seni,budaya.agama dan lain2.
Tapi bagi aku,aku lebih berminat soal politik parti dan aku juga percaya ada ramai anak muda yang minat untuk mengetahuai dan memasuki politik parti,tidak kira UMNO/BN,PAS,PKR dan DAP.BARISAN NASIONAL atau PAKATAN RAKYAT yang pasti ini yang menjadikan malaysia unik dalam politiknya...


Langkawi Island...










Photobucket
Photobucket


Terima Kasih kepada student Uitm Puncak Perdana dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung(GPMS) serta kawan-kawan yang baru kenal kerana sudi menerima kami untuk mengikuti trip dan program ke Langkawi.
mmg havoclah!!! huhu...


soulmates at Roxcity(Ipoh)


Aku sentiasa teringat kenangan aku bersama kawan2 aku sewaktu di Politeknik Ipoh masih aku ingat kenangan bersama mereka yang banyak dan tidak akan aku lupakan.
Terutama teman2 rumah sewa sari 4 taman cempaka aku ucapkan bebanyak terima kasih kerana bukan saja menjadi kawan aku tapi sahabat dan teman yang rapat, sporting, havoc dan memang happening
mana nk cari kawan yang waktu pertama kali aku kenal yang tidak ada apa pn talian prsaudaraan dgn aku yang pada mula hanya anggap kawan biasa,tp setelah lama aku kenal dan brsama.Merekalah kawan yang sanggup susah senang,lapar kenyang bersama.ada mslh kewangan mereka tolong,ada maslh pelajarn mereka ajrkan,kta demam mereka bantu boleh dkatakn gelak tawa sedih pilu bersama susah senang terasa.
mereka bukan sahaja kawan tetapi teman,sahabat,saudara juga keluarga bagi aku.segala kenangan bersama mereka aku tetap ingat sampai bila-bila,sebab sukar untuk kita mencari kawan sejati,teman sejati dan sahabat yang sanggup berkongsi dan membantu kita.terima kasih aku ucapkan pada Din,Cibam.Kamil.Fami,Jepf,Fendi,Zul,Halim,Salman,Ammar,Apit,Zerul,Poi,Apoi,Namin,Paan ex-skm yg lain maaf klu2 ada nama yg tertinggal...
kamu semua tetap teman nombor satu aku selamanya dan kawan terbaik aku terutamanya pasca bbudak 113 sari 4 taman cempaka.


thanks so much...



This is my blog

Photobucket

Alhamdulillah...pada hari ini tergerak hati sanubari aku untuk menjadi salah seorang blogger.untuk apa?aku melihat blogger ini satu trend anak muda untuk meluahkan atau menceritakan apa sahaja perihal berita dan cerita mereka,jadi oleh itu aku memilih untuk mencuba join dunia blog ini.
blog aku ni,aku namakan pa alif lam ya kerana daripada nama panggilan aku pali.
Aku nk tulis jawi tp keyboard aku ni tidak mempunyaai tulisan jawi, jadi aku merumikan jawi,jadilah pa alif lam ya.dan link bagi blog aku pulak http://freepali.blogspot.com aku memilih perkataan freepali kerana 'free' itu bebas jadi aku bebas menulis,memberi pandangan dan pendapat aku dari pemikiran dan pemerhatian aku.Jadi selamat membaca.cheers...

sekian
pa alif lam ya...