Wednesday, January 21, 2009

Tindakan Bodoh Seorang Menteri Melayu



Pegawai Kerajaan Persekutuan dilarang hadir mesyuarat negeri

IPOH: Semua pengarah jabatan dan agensi Kerajaan Persekutuan dilarang daripada menghadiri mesyuarat-mesyuarat di peringkat negeri berkuat kuasa serta-merta.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, hanya pengarah agensi peringkat negeri yang dibenarkan menghadiri mesyuarat negeri, yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri atau pegawai daerah.
"Kita tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan disiplin terhadap pengarah agensi Persekutuan jika mereka menghadiri mesyuarat tersebut," katanya kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Persekutuan Negeri di sini, hari ini.
Ahmad Zahid yang merupakan Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri bagaimanapun berkata, agensi-agensi seperti Jabatan Pengarain dan Saliran, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Kesihatan, Jabatan Pertanian dan polis dikecualikan daripada larangan itu.
Ahmad Zahid berkata, berkuat kuasa serta-merta juga, agensi-agensi persekutuan hanya akan menerima syor yang dikemukakan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP).
"Jabatan-jabatan dan agensi-agensi persekutuan telah diarahkan supaya hanya menerima borang-borang yang ditandatangani JKKKP," katanya.
Disebabkan Kerajaan Persekutuan hanya mengiktiraf JKKKP, semua syor yang dibuat JKKKP adalah syor yang sah.
"Kita tidak mengiktiraf syor-syor yang dibuat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK)," katanya.
Berhubung permohonan biasiswa, Ahmad Zahid berkata, kemasukan ke institusi pengajian tinggi juga memerlukan syor JKKKP.
Ahmad Zahid juga memberitahu, 28 wakil Barisan Nasional yang dipilih di peringkat negeri akan diberikan peruntukan khas untuk membantu masyarakat di kawasan mereka.
"Peruntukan itu akan diberikan jika berlaku insiden-insiden termasuk kebakaran, banjir atau ribut petir di kawasan mereka," katanya yang enggan menyatakan jumlah peruntukan bagi setiap kawasan.

Menteri Yang Sakit Otak
Apa yang dengki,khianat,cemburu,iri hati,benci dan zalim sangat dgn kerajaan negeri Perak...?
kenapa otak pak menteri ini masih sempit,masih kanak-kanak yang tak mumaiz...?
mengapa perlu ditekan diasak sebegitu rupa teruknya...?
tidak puas buat cerita pasal tadika KEMAS,sekarang cerita ini pulak.
Tak cukupkah dengan asakan dan tekanan yang dikenakan terhadap kerajaan negeri Kelantan dan rakyatnya?kini mahu ditekan negeri Selangor,Pulau Pinang,Kedah dan Perak.
Ini pemimpin jiwa rakyat?
Ini mahu bantu agama,bangsa dan negara?
Ini kononnya membela bangsa melayu dan dasar melayu
Ini Keadilan semua kaum?
ahaha...melayu sendiri bagi mati melayu.
ahaha...pemimpin melayu sendiri mahu bagi jahanam bangsa melayu
ahaha...melayu sendiri yang bagi sempit fikiran melayu
Sudah la...!!!

2 comments:

Anonymous said...

"Tindakan Bodoh Seorang Pro-Pembangkang"

IPOH: Bangsa asing mempergunakan PAS dan PKR untuk sebagai boneka dalam mencapai impian mereka. Mereka memperlagakan UMNO, PAS, & PKR agar senang mereka menyucuk jarum. Inilah hakikat yang masih tidak dilihat pro-pembangkang yang konon2nya memperjuangkan melayu, tetapi buta hatinya.
View Profile: Rantong

Pa Alif Lam Ya said...

rantong:
saudara jgn terlampau sempit ruang akal fikiran.Bangsa asing?siapa bangsa asing?ada kenyataan?
saya pelik dengan bangsa melayu macam saudara yang takut sangat dengan arus perubahan,saya anak muda yang sudah merasa pemerintahan BN yang lama,saya mahu juga rasa bagaimana pemerintahan PR,adakah sama dgn BN,lebih teruk lagi atau lebih baik...apa saudara takut sangat?ada masalah?saudara pernah rasa PR memerintah Malaysia,PR belum lagi memerintah Malaysia saudara sudah melatah,PR baru memerintah beberapa buah negeri itupun sudah gundah gulana,mengapa?
Ubahlah,sudahlah...dh lama dh...jangan terlampu sempit ruang akal tu dgn minda bancuhan BN dan media,banyakan membaca.