Saturday, February 7, 2009

Komen Azalina Yang Sempit Akal

su kemelut Perak telah membawa banyak kepimpinan UMNO untuk tampil membuat komen. Antara komen yang terpapar dalam Utusan Malaysia adalah komen Azalina Othman yang mengatakan, sekiranya Datuk Seri Nizar Jamaluddin dan EXCO tidak yakin terhadap kedaulatan raja-raja – saya cabar mereka keluar dari negara ini. Semalam Azalina juga dalam TV 3 mengatakan bahawa Datuk Seri Nizar Jamaluddin sebagai gila talak.
Saya ingin memberi sedikit nasihat kepada Azalina mengenai komen-komen yang dianggap tidak bernas. Cukuplah komen-komen seperti cabar keluar dari negara ini – seperti komen seorang MP dalam parlimen sebelum ini apabila menegur tindakan beberapa kepimpinan Cina yang dianggap tidak bersesuaian dan keterlaluan. Cabar untuk meninggalkan negara ini adalah cabaran kebudak-budakan yang kami percaya sepatutnya tidak dilakukan lagi. Apa kita lupa tahun awal 80an dahulu bila mana UMNO pernah juga mencabar Duli Sultan dan Raja – Raja Melayu sewaktu zaman pemerintahan Mahathir dan Anwar Ibrahim.

Kalau kita lihat bagaimana pembangkang dan media pembangkang mengulas isu ini – apa yang diperhatikan mereka lebih menyeluruh dan lebih matang lagi. Inilah yang menyebabkan media-media mereka diterima sedangkan media arus perdana terus-terus di tolak. Dalam www.malaysiakini.com, Sultan di bidas oleh Prof Dr Aziz Bari dari beberapa sudut perundangan dan beberapa artikel mengenai kesilapan dalam pelantikan MB baru di hujah dengan begitu bernas sekali. Perkara sebeginilah yang perlu diterangkan kepada rakyat khususnya dalam blog dan web. Malang sekali media arus Perdana memaparkan komen-komen yang tidak lagi konklusif atau dalam bahasa biasanya tidak cerdik. Penjelasan tidak dibuat dan justifikasi hambar. Azalina dalam komen TV3 memanggil Nizar – gila talak dan hari ini minta mereka keluar dari negara ini. Ini komen politikus lama – jangan terikut dengan cara ini. Komen-komen sebegini tidak sepatutnya hadir dari seorang Menteri dan kepimpinan tertinggi UMNO. Komen yang lebih menyeluruh dan lebih berasas dalam membicarakan isu ini perlu kerana rakyat yang ada hari ini semakin sedar dan kesedaran inilah yang menyebabkan UMNO dan BN goyang dalam PRU 13. Sebenarnya pengambilan alih kuasa di Perak bukan sesuatu yang positif buat UMNO. Ini hanya menunjukkan UMNO terpaksa menggunakan cara lain dan bukan pilihan raya untuk memegang kerajaan negeri Perak. UMNO tidak lagi sekuat dahulu dan semakin dipersoalkan.

Mungkin Azalina perlu keluar sedikit dari terikut-ikut cara dan perwatakan ortodoks ahli veteran dalam UMNO. Azalina sepatutnya mewakili era kepimpinan baru UMNO dan jangan terperangkap dalam sistem tua dikendalikan oleh kepimpinan lama yang berfikiran silam.



No comments: