Monday, February 2, 2009

Bagi Peluang Pakatan Rakyat Perintah

Sudah-sudah la media dan jentera Kerajaan pusat tiap-tiap hari menghentam,mengasak dari pelbagai aspek,sekatan pelbagai dan ugutan bermacam terhadap kerajaan negeri yang diperintah Pakatan Rakyat.Kenapa begitu dengki,cemburu,khianat,zalim,jahat dan angkuh menghentam kerajaan negeri Pakatan Rakyat...?

come on la orang melayu yang karat sudah-sudah la,Pakatan Rakyat baru memerintah beberapa buah negeri belum sampai satu penggal,dah kecoh-kecoh macam Pakatan Rakyat memerintah lama.Negara lain seperti Jepun,United Kingdom tidak ada masalah kalau pemerintahan bertukar,sebab itu negara mereka lagi maju,kawasan mereka lagi hebat dan rakyatnya berfikiran matang.

Aku dah lama rasa duduk dibawah pemerintahan kerajaan negeri pimpinan UMNO/BN.Sudah 50 tahun lebih UMNO/BN diberi peluang memerintah.Sekarang aku mahu rasa pulak kepimpinan Pakatan Rakyat bukan saja memerintah negeri malah bagaimana kalau Pakatan Rakyat memerintah Malaysia.Adakah sama macam UMNO/BN?atau lebih teruk?atau Lebih baik?aku ingin tahu...ini Pakatan Rakyat belum lagi memerintah Malaysia dah macam-macam spekulasi,ubahlah perangai dan minda bangsa dari melayu yang kolot kepada yang berfikiran.

sudah la jangan nak perbodohkan orang melayu masyarakat Malaysia dengan media yang songsang
bagi la peluang Pakatan Rakyat memerintah dan bawa perubahan dan buktikan apa yang mereka katakan.
Ini negara sistem demokrasi,kalau mereka teruk Ubahlah balik atau beri peluang pada parti yang lain buktikan...
Jangalah terlalu karat sangat.
pelik-pelik pertubuhan Melayu sendiri bagi jahanam bangsa melayu ahaha...

No comments: