Begitu sekali diasak dan dihentam PR...
sejarah ini sebagai padah bagi PKR dan pengajaran bg PR supaya lebih berhati-hati dan lebih teratur serta fokus yang lebih utama dalam melakukan perubahan,ini sebagai pengajaran serta pembersihan dan ingatan pada PKR agar mengetahuai didalam perjuangan akan ada orang-orang yang bertopengkan perjuangan dasar rakyat yang sentiasa akan mengambil kesempatan dan kesenangan.
Sedih melihat Nizar diasak begitu teruk dan dihina sebegitu,seolah-olah PR amat jahat dalam memerintah 5 buah negeri,tidak pernah ada khabar yang baik dari media nasional.semuanya buruk...
semoga ini menjadi pengajaran dan pengalaman serta semangat bg PKR
agar tidak terlampau gah dan taksub
PAS tidak ada masalah kerana PAS parti yang sudah banyak pengalaman,dan isu seperti di Perak pernah PAS hadapi dan lebih teruk lagi pernah dialami oleh PAS spt di Kelantan,Terengganu tapi akhirnya Kelantan merupakan negeri yang kuat bagi PAS serta Terengganu,kerana pengalaman yang lalu yang mengajar erti perjuangan sebenar.
Selain itu,ini juga pengajaran bagi DAP agar tidak besar kepala dalam mengawal perjuangan sebenar orang ISLAM...
Jangan juga kita lupa soal persempadanan semula yang telah lama di kritik oleh PAS,akhirnya padahnya kaum cina lebih ramai dalam dewan.
cuma yang sangat dihajati agar kembalilah pada rakyat,dan biar rakyat tentukan semula dan di adakan Pilihanraya negeri semula bagi rakyat menentukan.
aku yakin dan percaya majoriti rakyat negeri Perak mahukan Re-election semula.
kita percaya pada demokrasi,rakyat adalah hakim,rakyat adalah raja...
jika rakyat dikhianati,rakyat tahu menghukumnya.
semoga kerajaan BN yang akan memerintah Perak dapat melaksanakan agenda rakyat dengan terhormat dan bertanggungjawab serta tiada diskriminasi terhadapa ahli dewan yang lain...
SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT
KUASA RAKYAT LEBIH HEBAT
HIDUP RAKYAT...DAULAT RAKYAT
Amin...
Thursday, February 5, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment