Friday, February 13, 2009

Fakta Semasa Pilihanraya


Satu Malaya dah tahu akan ada 2 pilihanraya kecil.Dua-dua di Bukit,satu di Perak dan satu lagi di Kedah.Tapi apa yang aku nak kongsi kan kat sini beberapa fakta menarik kalau ada pilihanraya kat Malaysia tanah airku ini.


Antara fakta-fakta menarik yang boleh aku kongsi:

  • Akan ada peruntukan khas selama 15-30 minit Slot berita TV1 / TV2 dan terutama nya TV3 yang menghentam Pakatan Rakyat.Lagi kena hentam lagi celik mata rakyat Malaysia ni.Time pilihanraya ni akan dikhabarkan kepada seluruh pelusuk negeri keburukan/kejahilan/kebodohan/kerapuhan dn perpecahan Pakatan Rakyat. Berita yang tak pernah dengar pun boleh dengar.Syabas!...
  • Kita juga akan melihat berita tentang kepimpinan BN yang begitu baik,bagus,bejiwa rakyat,hati mulia,tawaduk,bijak,pandai,sentiasa memberikan bantuan dan membantu fakir miskin,penyabar,perjuang bangsa melayu dan agama dan hero orang melayu...wah! bagusnya!....
  • Isu terkini yang akan sentiasa diulang dan didengar dalam media RTM,TV3 dan UTUSAN ialah MB NIZAR MENDERHAKA kepada Sultan,dan sepanjang masa akan kita dengar ayat 'DEHAKA' dan 'BIADAP'.Alahai!...
  • SPR orang yang paling sibuk nak menentukan masa pilihanraya dan kesahihan kekosongan kerusi. Letak jawatan sukarela ni dah tak diterima dah. Silap-silap kalau kosong sebab meninggal pun kena kena cop pesuruhjaya sumpah dulu surat mati tu.ish..ish...
  • Maka berduyun-duyun lah traktar, kabotar masuk ke kampung. Jalan merah jadi jalan Tar. Rumah nak roboh jadi rumah banglo.Huh!... banyak lah pembangunan yang di bawa oleh BN. Siap kerja sampai ke malam. Untung pekerja dapat OT.Syukur...
  • Pejabat TPM berpindah dari Putrajaya ke tempat pilihanraya berlangsung. Hari-hari ada kat situ.Untung rakyat dapat jumpa TPM hari-hari.Projek boleh terus dibagi dalam masa yang sekejap,macam Permatang Pauh dan Kuala Terengganu. 500 kontraktor dapat projek. Cabut undi pun masa tu juga. uiks! Canggih betul...
  • Industri kain pelikat / kain batik berkembang dengan pesat nya sebab nak bagi orang kampung sorang sehelai.wow! Terima Kasih...
  • Dan yang paling penting rakyat kat tempat mengundi tu jadi kaya dan senang. Datang majlis ceramah dapat duit, sebelum mengundi dapat duit, nak mengundi dapat duit.Maka berkata lah orang kampung dalam TV "Pakcik terima kasih banyak-banyak kat kerajaan BN sebab bawa pembangunan kat tempat pakcik ni".Rezeki jangan ditolak beb time gawat-gawat ni.
  • Setiap 1 meter ada polis,bertujuan nak jaga keamanan dan memastikan tidak berlaku kekecohan.Tabik Dato...
ahahahaha.....kah....kah...kah...kah....kah.....
Inilah Malaysia Tanah Airku...
Malaysia Boleh....
Hidup Melayu...
ahahahaha....kah...kah...kah...kah....kah....
ahahahahah...kah...kah...kah...kah...kah...

Kalau ada lagi kome tambah ler...


4 comments:

Annabuadiary said...

ada lagi ..kenduri kendara, orang sakit , jatuh kena tiang bendera pun akan segerombolan kabinet menteri datang melawat

Pa Alif Lam Ya said...

ahaha yea...
benar juga situasi itu akan berlaku dan dh mmg berlaku pun.

Tukar Tiub said...

hi,

keep on writing !

cheers

isham2504

Pa Alif Lam Ya said...

yeah..

Thank You Bro Hisham

saya antara peminat blog saudara.