Wednesday, March 25, 2009

Terima Kasih Sahabat

Setiap hari..
Aku selalu bersamamu..
Disetiap waktu..
Kita selalu berbagi cerita..
Senda tawa pun selalu menghiasi hari-hari ku denganmu..

Sahabat..
Kamu selalu mengerti aku..
Disaat aku ingin sendiri..
Kamu selalu menguatkanku..
Disaat aku merasa rapuh..
Kamu selalu ada disampingku..
Disaat aku bahagia..

Sahabat..
Selama ini kamu tidak pernah memandangku sebelah mata..
Buat aku..
Kamu adalah segalanya..
Tanpamu..
Aku hidup terasa sepi dan layu

Sahabat...
Terima kasih diatas segala budimu
Terima kasih diatas segala jenakamu
Terima kasih diatas segala teguranmu
Terima kasih diatas segala kenangan bersamaku...

pa alif lam ya

Teori RAHMAN








R - Tunku Abdul Rahman
A - Tun Abdul Razak
H - Tun Hussein Onn
M - Tun Mahathir Mohamad
A - Abdullah Badawi
N - Najib Tun Razak


Tuesday, March 24, 2009

Sifat Babi

Ada orang asing bertanya (ilmuwan) kepada salah seorang ulama mengenai
haiwan babi ini...

Ilmuwan: Haramnya haiwan babi bagi umat muslim adalah disebabkan kerana
banyaknya parasit dan kotoran dalam haiwan ini. Dengan semakin canggihnya
ilmu kedoktoran, bukankah mungkin nantinya haiwan babi dapat dibersihkan
dari virus dan parasit yg mematikan ini? Apakah nantinya haiwan babi yg
bersih ini akan menjadi halal?

Ulama: Haramnya babi bukan kerana hal itu saja. Tetapi ada sifat babi yg
sangat diharamkan untuk umat Islam.

Ilmuwan: Apakah itu?

Ulama: Cuba anda buat 2 kandang. Satu kandang anda isi dgn 2 ekor ayam
jantan dan 1 ekor ayam betina . Satu kandang lagi anda isi dgn 2 ekor babi
jantan dan 1 ekor babi betina . Apakah yg akan terjadi pada masing2 di
kandang tersebut? Bisakah anda meneka nya?

Ilmuwan: Tidak.

Ulama: Mari kita lihat sekarang. Pada kandang pertama dimana ada 2 ekor
ayam jantan dan 1 ekor ayam betina . Yg terjadi adalah 2 ekor ayam jantan
tersebut berkelahi dahulu untuk memperebutkan 1 ekor ayam betina tersebut
sampai ada yg menang atau kalah. Dan itu adalah sesuai dgn kudrat & fitrah
manusia yg diciptakan.

Ilmuwan: Pada kandang babi?

Ulama: Ini yg menarik. Pada kandang kedua itu, 2 ekor babi jantan itu tidak
berkelahi untuk memperebutkan babi betina tersebut malahan menyetubuhi
secara beramai2 babi betina tersebut dan juga terjadi hubungan homoseksual
antara kedua ekor babi jantan tersebut setelah selesai dgn si bet ina . Hal
inilah yg jelas2 bertentangan dgn fitrah umat manusia. Bila umat Islam
ikut2 kan memakan babi maka ditakutkan umat Islam akan mempunyai sifat &
karakteristik seperti babi ini..

Hadaanallahu Wa Iyyakum Ajma`in, Wallahu A`lam Bish-shawab,

Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi,(daging haiwan) yang disembelih atas nama selain Allah, yang tercekik,yang dipukul, yang jatuh, yang ditanduk, dan yang diterkam binatang buas, kecuali yang sempat kamu menyembelihnya, dan (diharamkan bagimu) yang disembelih untuk berhala. Dan (diharamkan juga) mengundi nasib dengan anak panah, (mengundi nasib dengan anak panah itu) adalah kefasikan. Pada hari ini orang-orang kafir telah putus asa untuk mengalahkan) agamamu, sebab itu janganlah kamu takut kepada mereka dan takutlah kepada-Ku. Pada hari ini telah sempurnakan untuk kamu agamamu,dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridai Islam itu jadi agama bagimu. Maka barang siapa terpaksa karena kelaparan tanpa sengaja berbuat dosa, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
(QS. Al-Maidah (5): 3).

Wednesday, March 11, 2009

Pertemuan Dengan Dato Seri Nizar


Pertemuan dengan Dato Seri Nizar pada 10/03/2009 Selasa, pada jam 5 petang
di Titi Serong.

Monday, March 9, 2009

Perutusan Maulidur Rasul: Laksana ajaran Nabi dalam pemerintahan

saya mencadangkan supaya kalau benar-benar mengaku semuanya itu kerana hendak mengikuti jejak Rasulullah, maka ada baiknya diubah, ditambah sambutan itu dengancara pemerintah itu sendiri mengisytiharkan setiap tahun yang diadakan sambutan keputeraan Baginda, sekurang-kurangnya satu dari ajaran baginda dilaksanakan dalam pemerintahan.

Sebagai contoh, kalau Rasulullah s.a.w. amat memerangi arak, maka satu tahun diambil tahun 'pengharaman arak' untuk selamanya, manakala tahun hadapan pula satu lagi diambil untuk dilaksanakan, contohnya, seperti menutup aurat. Maka dilaksanakan perintah itu dengan sebaiknya oleh pemerintah. Bagi tahun ketiga pula, sebagai contoh, mengharamkan judi.

Ertinya, jika setiap tahun diadakan sambutan, diambil sekurang-kurangnya satu ajaran itu, maka ternampaklah kita ini serius dan wujud perubahan yang baik sempena Maulidur Rasul itu.

Manakala, satu hal lain pula, pihak yang berkuasa atau badan amal yang berwibawa, perlu mengadakan penyelidikan yang rapi tentang beberapa episod daripada sejarah hidup Rasulullahyang boleh dijadikan modul hidup atau praktikal modul untuk dilaksanakan, sesuai dengan firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya bagi kamu ada sejarah Rasulullah itu contoh teladan yang amat baik untuk dilaksanakan."

Namun, selama ini hampir tidak pernah dilakukan penyelidikan sedemikian di Malaysia dalam hal ini.

Atas sebab-sebab itu, seperti dinyatakan tadi perlunya beberapa pendekatan dan ajaran Rasulullah s.a.w. itu diambil satu daripadanya setiap tahun bagi memberikan kemanfaatan kepada seluruh ummah.

* Dato' Dr Haron Din

DEMONSTRASI JALANAN TINDAKAN TAK BERTAMADUN –berita hairan



kah kah kah... MUNKEE NI TAHU KE APA YANG DiA CAKAP NI ?...kah kah kah.. kah kah kah…. EROPAH… TAK TAMADUN…. AFRIKA…. TAK TAMADUN… LATIN AMERIKA TAK TAMADUN….. INDIA TAK TAMADUN….kah kah kah… CINA TAK TAMADUN…. KERANA ADA DEMO DI SANA…kah kah kah kah kah kah… DI PALESTIN DAN GAZA HARI HARI ADA DEMO.... TAK TAMADUN.?.kah kah kah.. kah kah kah.. TAHUN 1979 DI TEHRAN DEMO HARI HARI JATUH KAN SHAH… TAK TAMADUN….IRAN HARI INI TAK TAMADUN?…kah kah kah. kah kah kah… INDONESIA DEMO JATUHKAN SUHARTO…TAK TAMADUN?…kah kah kah… kah kah kah..PILIPINA DEMO JATUH KAN MARCOS....TAK TAMADUN ?..kah kah kah woit… DI ATHEN TELAH DARI 4 BULAN HARI HARI ADA DEMO …. INI PENGASAS TAMADUN DUNIA…. MUNKEE NI KATA TAK TAMADUN?….kah kah kah…. kah kah kah… NAK CERITA SEJARAH SIKIT…. MUNKEE NI MASA 2ND YEAR DAH BUNTING …3RD YEAR DAH BERANAK…. MANA ADA MASA BACA BUKU DI UM…. kah kah kah… STUDENT BINCANG HAL RASUAH… MUNKEE NI KENA BASUH KAIN LAMPIN….. kah kah kah kah kah…TU PASAL NGOOOOOK MACAM TELO....kah kah kah.. woit… KALAU IKUT ILMU TELO MUNKEE NI DALAM DUNIA INI HANYA ADA DUA NEGARA YANG BERTAMADUN…. kah kah kah… kah kah kah… HANYA ARAB SAUDI DAN MALAYSIA SAHAJA YANG BERTAMADUN…. DUA DUA NEGARA TAK BOLEH DEMO… TAPI BOLEH RASUAH…. kah kah kah… woit.... BACALAH PERLEMBAGAAN MALAYSIA FASAL 10... ADA TERTERA HAK BERPERSATUAN DAN BERKUMPUL...SAKIT AKAL BETUL LA MUNKEE NEH!!!... kah kah kah..

WARRIOR OF THE 152




A.Samad Said dihadapan Istana Negara semasa demostrasi menyerahkan memorandum membantah PPSMI kepada Yang Dipertua Agong

Wednesday, March 4, 2009

Pendapat Pakar Soal Persidangan DUN Perak Dibawah Pokok



Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak semalam tetap sah walaupun diadakan atas pokok, kata pensyarah Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Mohammad Agus Yusoff."Jika di atas pokok pun ia sah", Bernama memetik pandangan beliau ketika ditanya mengenai kesahihan "persidangan tergempar" itu yang diadakan di bawah pokok di luar bangunan Perak Darul Ridzuan yang menempatkan Dewan Undangan Negeri Perak, Ipoh.

Mohammad Agus, yang juga seorang penganalisis poltik berpandangan bahawa tiga usul yang diluluskan itu juga sah dan tidak boleh dicabar di dalam mahkamah.

"Sebelum ini Dewan Undangan Negeri Perak hanya ditangguhkan dan tidak dihentikan. Jika ditangguhkan, maka Speaker mempunyai kuasa untuk mengadakan persidangan tergempar itu tanpa mendapat perkenan Sultan," katanya.

Prof Dr Aziz Bari akui "Sidang Tergempar Dun Perak" sah di sisi Perlembagaan


Menurut pakar Perlembagaan, Profesor Dr Abdul Aziz Bari yang mengulas tentang 'Tragedi Hitam Demokrasi' di Perak itu, pihak polis awal-awal lagi sudah melanggar Perlembagaan apabila menerima arahan dan perintah dari Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dan bukan dari Speaker yang menjadi kuasa tertinggi dalam dewan.

"Apa yang berlaku sah dan tidak menyalahi undang-undang kerana perlembagaan dan arahan tetap dewan menyerahkan kepada speaker untuk menetapkan tempat bersidang," tegas beliau ketika dihubungi.

Dua usul yang diluluskan oleh dewan diperakui sah dan perlu dilaksanakan. Malah Menteri Besar, Dato' Seri Mohamad Nizar Jamalauddin boleh mengadap Tuanku Sultan dan persembahkan usul dewan untuk tindakan seterusnya.

Aziz berkata, mahkamah tidak ada kuasa untuk mengeluarkan injunksi kepada dewan. Beliau kesal, pihak pentadbiran negeri (SUK), polis dan lain-lain pihak terpaksa menyekat dan menutup dewan dari digunakan untuk sidang tergempar Dun.

Aziz mempersoalkan sejak bila seorang setiausaha dewan (Abdullah Antong) diberi kuasa mentafsirkan peraturan tetap dewan sedangkan setiausaha hanya kakitangan biasa yang bekerja di bawah arahan Speaker.

Polis juga, tegas beliau boleh didakwa di bawah Kanun Keseksaan (Penal Code) kerana menghalang dewan bersidang dan perkara ini telah disebut oleh Speaker, V Sivakumar.


Dari satu sudut, ini telah menimbulkan persoalan, "Apa asas pihak polis untuk tidak membenarkan 28 Adun Pakatan Rakyat masuk ke Dewan? Takkan mereka (polis) tak kenal Speaker? Takkan Adun-Adun Pakatan ini dianggap pengganas dan penjenayah? Ini perlu dijawab oleh pihak polis."