Monday, February 9, 2009

Jangan Lupa...



Apa mereka lupa perlakuan ini,slogan itu ditujukan kepada siapa?
mana pertubuhan-pertubuhan yang lantang bersuara itu ketika isu pertukaran MB Terengganu?ahahahah....
sekarang bangun,berhimpun ramai-ramai seolah-olah pembela bangsa melayu ceh!ahaha
mengaku dulang paku serpih,mengata orang mereka yang lebih...

Jangan lupa pula tindakan seorang Perdana Menteri yang yang menarik imuniti Raja-Raja Melayu...oi! itu bukan derhaka kah?mana pergi Pertubuhan-Pertubuhan pembela bangsa waktu itu?1988 derhaka belum wujud lg kah?ahahah

BAPA TAJOL,GHAZALI JAWI PUN ADA SEJARAH DERHAKA





Mohammad Nizar Jamaluddin dan Pakatan Rakyat bukan tergila-gilakan jawatan MB yang dianggap sudah disamun secara penuh taktikal itu, tetapi mereka hanya mahu menuntut keadilan. Itu saja. Maka, penyeselaian secara berhemah dengan berpandukan kepada perlembagaan, kitab tatacara sesebuah negara hendaklah digunakan pakai.
Namun sejarah tidak dapat ditutupi. Cebisan sejarah lama juga boleh dijadikan panduan dan relevan kerana ia telah berlaku di Perak.. Pada 1974, Menteri Besar Perak ketika itu, Tan Sri Mohamad Ghazali Jawi iaitu bapa Mohd Tajol Rosli telah menderhaka pada Sultan Idris Shah yang tidak berkenan dengan perlantikan Ghazali Jawi untuk menjadi MB buat kali kedua.
Ghazali enggan melepaskan jawatan berkenaan dan kedegilan Ghazali itu menimbulkan kemurkaan Sultan Idris Shah. Tiada apa dapat dilakukan .

Pemuda Umno ketika itu memberi pandangan; “Sultan Perak mempunyai hak melantik dan berkenan seseorang memegang jawatan Menteri Besar, tetapi setelah dilantik dan diperkenankan, Sultan tidak ada hak mengikut Perlembagaan Negeri untuk memecat atau memerintahkan supaya meletakkan jawatan. Hak untuk memecat atau memerintahkan seseorang berhenti dari Menteri Besar, iala Presiden UMNO

Gara-gara keengganan Ghazali (foto) itu menyebabkan Sultan Idris murka dan bernazar tidak akan mencukur janggut dan jambannya selagi Ghazali tidak berhenti menjadi MB. Untuk beberapa ketika Sultan Idrsis tampil di khalayak dengan keadaan berjangut dan berjamban sebagai menzahirkan kemurkaan baginda sehinggalah Ghazali Jawi berundur menjadi Menteri Besar. Ghazali meletakan jawatan menjadi MB Perak hanya setelah dinasihati oleh Presiden Umno ketika itu (Tun) Hussein Onn pada 1977.

Mana dia Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Melayu itu?oi! mana oi! owh ya Derhaka belum wujud lagi ketika era itu.

Cuplikan kisah ini dipetik daripada buku biografi Tan Sri Ishak Tadin, hasil tulisan penulis veteran Perak yang juga merupakan kawan rapat kepada Sultan Idrsis Shah, sdr Mokhtar Petah dan disedut daRI blog beliau

http://msomelayu.blogspot.com

JANGAN LUPA SEJARAH

sebesar manakah tunjuk perasaan mereka ketika Standard Chartered Bank Malaysia Berhad menyaman Dipertuan Besar Negeri Sembilan sebelum ini, Allahyarham Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul Rahman.

Tidak juga dapat diingati sebesar manakah tunjuk perasaan mereka apabila Fasal 38 (4) Perlembagaan Persekutuan untuk mengkudungkan imuniti raja-raja Melayu pada tahun 1993 (tahniah dan terima kasih tidak terhingga, Tun! Dan, terima kasih tidak terhingga kepada Allahyarham Tun Ghafar Baba yang mengemukakan usul khas di Parlimen pada 10 Disember 1993 memberitahu dewan bahawa seorang rakyat Malaysia bernama Douglas Gomez telah dicederakan di Istana Bukit Serene oleh Sultan Johor pada 30 November 1992. Demi Allah, terima kasih tidak terhingga kepada kedua-dua Tun itu!)

Tidak dapat diingati sebesar manakah tunjuk perasaan Berug dan Kurap apabila pada waktu itu beberapa menteri kabinet mendedahkan skandal pemilikan harta raja-raja. Antaranya membabitkan pemberian konsesi balak ribuan hektar kepada raja tertentu. Didedahkan juga bahawa tiap-tiap sultan telah ditawarkan 100,000 unit saham Telekom dan berbagai lagi. Filem-filem Melayu lama pula yang mengisahkan tentang kezaliman dan kebodohan raja-raja Melayu diulang tayang di kaca tv.

Tidak dapat diingati sebesar manakah tunjuk perasaan mereka apabila Ahli Parlimen Arau waktu itu, Datuk Seri Shahidan Kassim menjadi juara bila mendedahkan keburukan keluarga Sultan Johor yang bertanggungjawab melakukan 23 kes penganiayaan ke atas rakyat jelata yang tidak berdaya termasuk memukul, mencedera dan merogol semenjak dari tahun 1972. Semua Sultan didedahkan keburukkan mereka.

Tidak dapat diingati sebesar manakah tunjuk perasaan mereka apabila pada 29 April 1993 Tan Sri Annuar Musa dan Datuk Ibrahim Ali menabal Tengku Ibrahim Indra Petra di Ketereh dalam majlis anjuran Yayasan Kemiskinan Kelantan yang dipengerusikan Annuar bagi mengantikan Sultan Ismail Petra oleh kerana menurut mereka Sultan itu bukan waris yang sah.

Tidak dapat diingati sebesar manakah tunjuk perasaan mereka apabila Program Semarak di Lubok Jong, Pasir Mas mencetuskan perarakan yang dipimpin Tan Sri Mohamed Yaacob ke istana menyerah memorandum mendesak Sultan Kelantan turun takhta.

Apa mereka semua Derhaka?
Mana Pertubuhan-Pertubuhan yang menyalak membela bangsa itu sewaktu ini berlaku?
Apa waktu itu Derhaka belum masuk kamus Dewan lagi kah?
ahahaha



9 comments:

Zahrin said...

sapa yg dulu - dulu tarik kuasa raja ye..

dorang buat takpa bro..kita buat tak leh..bagero!!

Pa Alif Lam Ya said...

ya benar,

tentang keburukan mereka media nasional menyepi tapi soal isu yang memburukan pakatan rakyat media nasional menyalak macam anjing.

Aidi Rahimi Ibrahim said...

saya hairan kenapa Amerika tak ada raja? Negara membangun dengan pesat, hak hak Lesbian dan Homoseksual tidak dipinggirkan. Ketenteraan kuat, Jews pun hidup senang lenang. mmmm.. kenapa Amerika tak ada raja? Media bebas bersuara.. bagus? mmmm

Pa Alif Lam Ya said...

kita negara Nusantara
kita timur dan mereka barat
sudah pasti mereka ada cara mereka sendiri,dan kita ada cara kita sendiri.

Lagipun kita adalah bekas jajahan British,ada undang-undang dan perlembagaan masih ada yang kekal sampai ke hari ini.Kita lebih mengikut rentak British pada ketika itu sebelum mahupun selepas merdeka.

soal lesbian dan homoseksual itu bukan adab dan citarasa bagi bangsa melayu.kita ada pegangan agama dan Al-Quran dan Sunnah sebagai ikutan dan panduan.Tidak perlu kita samakan dengan Amerika
Yang mana baik seperti kebebasan media kita jadikan ikutan yang mana buruk kita janganlah ikut...

simple.

Bijen M. said...

dah kata SULTAN ADIL SULTAN DISEMBAH, SULTAN ZALIM SULTAN DISANGGAH..
cuba hg bg contoh kezaliman sultan azlan shah..
aku nak taw gak..

Aidi Rahimi Ibrahim said...

SAYA SETUJU

soal lesbian dan homoseksual itu bukan adab dan citarasa bagi bangsa melayu.kita ada pegangan agama dan Al-Quran dan Sunnah sebagai ikutan dan panduan.Tidak perlu kita samakan dengan Amerika
Yang mana baik seperti kebebasan media kita jadikan ikutan yang mana buruk kita janganlah ikut...

Aidi Rahimi Ibrahim said...

dan mungkin atau memang MONARCHY itu penting, amat penting untuk mengimbangkan budaya, adat, adab dan tatasusila kita. Kita perlu ada Raja atau Sultan. Inilah yg dikatakan sebagai "check & balance". Daulat Tuanku.

Pa Alif Lam Ya said...

saudaraku bijen dan en.aidi rahimi

Untuk pengetahuan bijen,En.aidi rahimi ini lec kat uitm puncak perdana.

En.aidi,bijen ni kawan saya.

baiklah.

Bijen
SULTAN ADIL SULTAN DISEMBAH, SULTAN ZALIM SULTAN DISANGGAH..

Apa salahkah ayat ini klu hendak digunakan...?

saya tidak mahu menyatakan soal zalim,saudara sendiri ada pendirian saudara,saya ada pendirian saya.
saya tertarik dengan kenyataan Sultan Azlan Shah.

"Walau seberapa banyak sekalipun askar, polis atau pengawal istana digaji untuk melindungi dan menjaga tahta, namun tiada satu pun akan dapat mengatasi kehendak dan aspirasi rakyat jelata. Walau seberapa banyak peluru bedil atau peluru meriam sekalipun digunakan, namun tidak satu pun dapat menyekat kemarahan aspirasi rakyat. Jika kehendak rakyat jelata dimakbulkan Allah, maka (berlakulah) perpindahan takhta dari istana ke muzium seni dan budaya" - Sultan Azlan Shah ketika dianugerahkan Doktor Kehormat Undang-undang, di Majlis Konvokesyen, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang pada 29 Jun 1980.

"Sultan Perak mempunyai hak melantik dan berkenan seseorang memegang jawatan Menteri Besar, tetapi setelah dilantik dan diperkenankan, Sultan tidak ada hak mengikut Perlembagaan Negeri untuk memecat atau memerintahkan supaya meletakkan jawatan."

mohon faham.

Dan Institusi Istana sering dikuasai oleh tauke-tauke bukannya Sultan itu sendiri.
Rujuk pada salasiah GAMUDA,dari situ pun kita dapat menilai sudah ada penguasaan yang berkait sehingga ke istana.

soal derhaka jangan disalahkan atau dicemuh pada PR,tolong baca sejarah yagn lalu.

apa Sultan Kelantan zalim?
apa Sultan Johor zalim?
apa Sultan Terengganu zalim?
apa Agong pn zalim?
apa Dipertuan Besar Negeri Sembilan zalim?
Apa Sultan Mahmud zalim?

mengapa ini tidak ditanya dan diceritakan?
mengapa?media sudah hilang buku sejarahnya?atau Derhaka itu belum wujud lagi ketika itu?
mahu dibongkarkan lagi soal kes pembunuhan yang melibatkan kerabat Sultan Perak...saudara tahu kisah itu?yang akhirnya tiada siapa ditangkap,anehnya mayatnya ada dan pembunuhnya ada terang buktinya,tapi sebab kekebalan kuasa dan pangkat mengatasi hukum.

Saudar En Aidi

Saya dan teman-teman yang lain tidak mahu menafikan soal kepentingan raja.Institusi raja amat penting dan saya menghormati perlembagaan dan asas Rukun Negara itu.Daulat itu adalah kedudukan tertinggi bg sesuatu perkara.kita katakan Daulat Tuanku,sbg simbol Tuanku di kedudukan yang atas dalam pemerintahan.

Sebab itu kita marah dan tentang bila seorang Perdana Menteri menarik dan melucutkan kuasa raja dan mengurangkan imuniti raja itu sendiri,tapi ini didokong dan disokng tanpa tentangan oleh kabinet-kabinet yang bertanggungjawab pd waktu itu.sejarah ini sama dgn semasa British mahu tubuhkan Malayan Union,perkara yang sama digunakan,iaitu ugutan dan pendedahan tantang kerabat raja itu.saya tidak mahu mendedahkan apa yang dilakukan,yang lepas biarlah jadi pengajaran bagi semua pihak.

Kita mahu bina semula kekuatan demokrasi dan prinsip-prinsip perlembagaan dan rukun negara mengikut lunas-lunas yang betul dan dihormati

xxxxxx said...

Beta tak paham apabila manusia Islam di ngara beta masih terus-menerus terbuta mata mereka kerana terkunyah jampi serapah media massa yg terwujud untuk menabur propaganda ajaib bagi kepentingan sesuatu pihak.

Sudah terang lagi bersuluh. Mungkin tiada lampu suluh untuk mereka menerangkan kegelapan ini.

Beta bagi satu contoh: bagi banyak2 tak guna. Depa xdak lampu suluh:p

Ketua Agama??!! Beta syorkan mana-mana pihak tidak kisahlah apa jawatan sekalipun di muka Bumi ini agar meletakkan jawatan dan apply kerja part-time di mana2 hotel utama setiap negara. Untuk warga selangor..mohonlah utk jd waiter di Hotel Concorde s.alam. Maka saksikanlah di depan mata si golongan 'ktua agama' menghirup air 'syurga'.

Slamat brtugas wahai ktua agama. Cuma beta mohon tanah tmpat beta hdup tidak dilanggar ombak yg Esa. Kerana si golongan 'pahlawan bangsa' smakin rakus bterusan tidak mahu bderhaka dan tunduk membuta-tuli!

Daulat Rakyat!