Wednesday, November 12, 2008

Pandangan Peribadi Aku Tentang Politik

Dewan Rakyat Pictures, Images and Photos

Aku melihat UMNO/BN sbg kerajaan yang mampu memajukan negara dan menjaga kepentingan bangsa.Tetapi dalam masa yang sama aku melihat sikap untuk terus berkuasa menjadi agenda utama sesetengah pihak pembelaan rakyat tidak lagi dihiraukan,aku percaya ada ramai dalam UMNO/BN yang benar-benar berjuang memartabatkan bangsa dan memajukan ekonomi negara.Aku melihat sikap sesetengah pihak dalam UMNO/BN yang tidak profesional dalam Parlimen membuatkan aku rasa benci melihat mereka bercakap dalam parlimen juga Dewan Undangan Negeri.sikap untuk terus kekal berkuasa perlu di hapuskan yang penting kepentingan rakyat.aku melihat UMNO/BN tidak mahu menerima kenyataan kekalahan mereka dan kehilangan beberapa buah negeri,sikap yang mengutamakan kekuasaan lebih menjadi agenda utama dari rakyat.Sikap diskriminasi pada negeri-negeri yang diperintah pakatan rakyat dan serangan media membuatkan aku tertanya,adilkah UMNO/BN.
Parti Keadilan Rakyat,PKR yang menjadi tulang belakang bagi Pakatan Rakyat juga aku melihat menjadi pendorong pengerak dan kesedaran bagi rakyat.Dato Seri Anwar merupakan pakej terbaik bagi PKR dan kekuatan bagi Pakatan Rakyat,kelantangan beliau dalam parlimen menjadikan barisan pakatan rakyat ini lebih kuat dan mantap.bagi aku Dato Seri Anwar merupakan pemimpin terbaik dan mempunyaai ciri-ciri kepimpinan yang tegas dan beribawa.bukan orang soal orang taksub dengan Anwar,tapi soal cara kepimpinan beliau dan ini di iktiraf oleh majalah TIME beliau antara 100 tokoh yang berpengaruh.Tapi aku rasa langkah beliau kononnya ada beberapa MP BN melompat ke Pakatan Rakyat dan isu kerajaan baru 16 September bagi aku ianya memalukan bukan sahaja ahli-ahli PKR sendiri malah aku rasa ahli Pakatan Rakyat yang lain pun rasa macam badut.
dan apakah PKR satu hari nanti akan menjadi musuh bagi PAS?kerana bagi aku bukan mudah untuk menjadi satu parti yang berbilang kaum,aku ambil contoh UMNO sendiri yang parti melayu pun ada masalah dan ada team yang berlainan bagaimana pula PKR?
bukan mudah nak memuaskan hati semua pihak,hati bangsa sendiri pn sukar untuk kita puaskan ini kan pula hati bangsa lain.aku bukan anti kaum mana2 tapi perlu ada satu sistem yang baik dan mudah bagi PKR.
Aku bersetuju dengan MP Ibrahim Ali walaupun aku tidak berminat dengan ideologi beliau tapi kenyataan beliau tentang sesetengah MP UMNO/BN yang berani juga menegur dan lantang mengkritik sesama mereka sendiri dan kementerian yang mereka tidak puas hati menunjukan ada keberanian bersuara dalam UMNO/BN.Tapi berbeza dengan Pakatan Rakyat,aku tidak nampak sesiapa dari PKR,PAS atau DAP berani mengkritik kepimpinan mereka sendiri terutamanya Dato Seri Anwar Ibrahim,mengapa begitu?
PAS,aku melihat parti Islam ini merupakan parti pembangakang yang matang dan sudah melaluai pelbagai rintangan dan tekanan yang hebat.Kerana itu parti ini masih kekal dan semakin ramai ahli bukan Islam menerima parti ini.Parti yang di dokong oleh para alim Ulama dan di akuai oleh seluruh dunia dan juga di hormati oleh sesetengah ahli UMNO/BN kerana sikap sabar,rendah diri,mesra dan tawaduk mereka ini menjadikan mereka dihormati dan disegani oleh parti lawan,Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Haron din antara kepimpinan PAS yang di segani.bodohlah klu ada orang yang tidak menghormati golongan ini.kadang aku terfikir orang2 melayu ni sanggup mati kerana pertahan bangsa atau sanggup mati kerana pertahan Islam?fikirlah...tp ada jgk ahli2 PAS yang aku rasa memalukan parti mereka sikap sesetengah ahli yang tidak profesional dalam mentadbir daerah dan kampung membuatkan nama parti menjadi kotor.cara penampilan mereka jugak menjadi isu aku.bukan isu jubah atau janggut,tp kadang keterampilan yang agak selekeh.
Aku melihat DAP terutamanya MP yang mewakili DAP tidak profesional dalam berbahas dalam parlimen sikap yang tidak sabar dan menjerit2 beberapa ahli DAP ini membuatkan parti Pakatan Rakyat yang lain terpaksa menanggung malu dari sikap mereka.Slogan Malaysian Malaysia aku memang tidak bersetuju dan tidak sesuai dengan perlembagaan
Soalnya apakah DAP akan bersama selamanya dengan PAS?kita tunggu dan lihat...

Akhir sekali harapan aku,kadang aku teringin hendak merasa bagaimana Pakatan Rakyat ini memerintah Malaysia bolehkah mereka memberikan yang terbaik daripada Barisan Nasional atau lebih teruk jadinya...?aku tak tahu kerana sepanjang aku hidup hanya BN sahaja yang memimpin kerajaan dalam Malaysia,aku nak sesuatu yang baru,contohnya takkan lah hari-hari kita makan nasi lauk ikan,kadang tu selera kita pun bertukar mahukan ayam atau yang lebih istimewa macam kambing atau bahan lain yang halal dimakan.Begitu juga negara Malaysia ini,begitu juga aku mahu merasa pengalaman bagaimana kalau Pakatan Rakyat itu yang memerintah Malaysia...?kita tidak boleh kata matilah kita,habislah kita,bankraplah,rosaklah ekonomi.Belum merasa,sudah menilai...tidak patut.

Hanya pandangan dan pemikiran peribadi aku
Pa Alif Lam Ya




1 comment:

Bijen M. said...

aku la tuh orang umno yang maseh berjuang..
haha..
T A K S U B