Thursday, November 27, 2008

TEMAN

Teman...apakah berbeza dengan kawan,sahabat,saudara...?
bagi aku teman segalanya temanlah kawan,temanlah sahabat,temanlah,saudara dan teman juga keluarga.

aku bersyukur kerana mendapat pengalaman untuk mempunyaai teman-teman yang aku sangat sayang.merkelah teman yang terbaik juga keluarga nombor dua aku walau tiada pertalian darah tapi teman seperti merekalah yang sentiasa mengisi hati aku.

Teman terbaik aku di Ipoh merekalah teman yang boleh gelak,ketawa,senyum,sedih,duka,susah,senang,lapar dan kenyang bersama.aku cukup terharu cara merekan mengambil berat,setia kawan,bantu membantu memang tidak aku lupakan.aku rasa mugkin aku tidak lagi dapat merasa nikmat itu,kerana amat susah nak mencari teman yang sanggup susah,senang bersama.

bukti kepercayaan mereka tidak diraguai apa saja aku boleh berkongsi dengan mereka cerita,masalah dan pelbagai.sehingga nombor pin bank pn boleh di beri kerana kepercayaan aku yg tinggi terhadap mereka.

sakit mereka jaga,belajar bersama-sama,teguran,nasihat,kritikan,kata-kata semangat meraka aku tetap kenang, tidak ada istilah kedekut ilmu mahu apa pun terhadap sesama kami...

aku sedih sangat bila berpisah selepas tamat pengjian kerana masing-masing membawa haluan masa depan sendiri ada yang dapat sambung belajar,ada yang kerja terus tapi tidak apa kerana mereka tetap teman aku,aku sentiasa doakan kejayaan setiap teman aku.Tidak akan aku lupa wajah-wajah yang sentiasa bersama aku susah dan senang.gembira hati aku bila bertemu di antara mereka setiap kali bertemu atau berpisah sentiasa aku peluk mereka kerana mereka ini suci bagi aku.

terima kasih teman, terima kasih saudaraku aku sentiasa mendoakan kejayaan semua tidak akan aku lupa wajah-wajah yang sentiasa bersama susah dan senang kenangan kita bersama juga menjadi kenangan palng indah bagi aku.

aku harap satu hari kita akan bersama berjumpa dan lepak bersama seperti mana kenangan dulu.aku mohon ampun dan maaf andai ada dosa aku pada semua teman aku,harap di halalkan segalanya.

andai kata dapat diulangi masa itu,akan aku ulang sewaktu kita bersama.

Terima Kasih din,cibam,kamil,jepf,fahmi,salman,fendi,halim,zul,ammar,poi,apoy,pak'an...juga semua bekas student SKM 4A....

No comments: