Wednesday, November 12, 2008

Media Malaya Profesional & Beretika?


Media merupakan telegram,warkah dan berita kepada masyarakat.
aku mohon maaf kalau ada yang tidak bersetuju dengan pandangan aku.
Dari penilaian aku media terutamanya RTM dan TV3 serta Utusan Malaysia & Berita Harian sering menjadi alat bagi pihak UMNO/BN untuk menyerang dan memberikan tekanan kepada parti lawan iaitu Pakatan Rakyat,dalam soal ini memang tidak adil bagi pihak pakatan rakyat mereka tidak diberi peluang untuk menjawab balik tuduhan dan tidak juga di beri peluang untuk memberikan kenyataan kepada apa2 isu yang di soalkan dan di bangkitkan,ini satu tekanan kepada mereka,sebab itu adanya Harakah,Suara Keadilan dan akhbar2 pakatan rakyat yang lain untuk menjawab segala tuduhan dan kenyataan mereka kembali.mengapa perlu begini?rakyat sekarang bukan macam zaman dahulu boleh di gula2kan.Oleh sebab itu selari dengan zaman teknologi wujudnya para blogger yang memberikan pandangan dan kritikan mereka sendiri.Media pulak sentiasa membenarkan mereka menjadi kuda oleh pihak2 yang berkuasa.Media itu seolah-olah menjadikan rakyat orang yang bodoh yang akan percaya bulat2 segala apa yang keluar daripada media.
sebab itu media di Malaysia berada dalam tangga tercorot dalam kebebasan media tidak malukah kita?
contohnya berapa ramai yang tahu isu tentang seorang Adun BN Kelantan yang bangun menendang seorang Adun PAS Kelatan semasa sidang dewan undangan negeri?berita ini hanya diketahuai dalam internet dan akhbar Pakatan Rakyat,aku fikir kalu Adun Pakatan Rakyat lah yang bersikap sedemikian rupa sudah tentu beritanya 30 hari 30 malam keluar didalam media dan akhbar.Betul?Mengapa perangai media ini sangat tidak profesional?
kalau Begitu aku cadangkan UMNO/BN buat akhbar sendiri macam Harakah dan Suara Keadilan,kerana Harakah dan Suara Keadilan itu memang akhbar mewakili parti mereka.
janganlah digunakan RTM,TV3,Utusan,Berita Harian untuk menghentam orang lain.
seolah-olah kamu ikat kaki,tangan dan tutup mulut dan mata mereka dan hentam mereka,pukul meraka dan ludah mereka dan kamu kata kamu adil,kamu kuat,dan kamu mengamalkan demokrasi...wtf...!



No comments: