Friday, November 14, 2008

Kebiadaban & Kebodohan

Tindakan dua NGO bukan Islam : KataGender dan Food-Not-Bombs mengadakan demontrasi membantah keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengeluarkan fatwa mengharamkan “pengkid’ atau wanita yang menyamai lelaki adalah satu kebiadaban dan melampau. Mereka bukan sekadar tidak menghormati Majlis Fatwa sebagai badan tertinggi Islam di negara ini, tetapi turut tidak menghormati Majlis Raja-raja yang menaungi majlis tersebut. Bahkan dalam masa yang sama 'menghina' para Mufti serta membangkitkan kemarahan umat Islam.

Lantaran itu, tidak hairanlah jika Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan memberi amaran kepada kpd mereka agar tidak mempertikaikan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengharamkan pengkid. Tan Sri KPN berkata : “Saya memberi amaran dan akan mengambil tindakan tegas kerana ini membabitkan soal keselamatan negara,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama sempena “Seminar Isu-Isu Mahkamah Syariah ke-10: Ke Arah Memperkasa Pentadbiran Keadilan Jenayah Di Mahkamah Syariah Malaysia” di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak, dekat sini hari ini. Beliau berkata tindakan NGO yang mempertikaikan keputusan tersebut boleh menjejaskan keselamatan negara dan dikhuatiri mendapat tindak balas di kalangan orang Islam. “Ini menunjukkan mereka tidak menghormati agama orang lain, kerana fatwa itu dikeluarkan untuk orang Islam, kenapa mereka harus membuat demo dan tidak berpuas hati,” katanya. Musa berkata beliau memandang serius perkara tersebut dan akan terus memantaunya bagi memastikan tiada pihak lain yang campur tangan. “Agama Islam ada cara untuk letakkan peraturan dari segi undang-undang Islam, jadi tiada sesiapa yang boleh campur tangan. Tapi masyarakat Islam haruslah menerangkan perkara tersebut agar pihak lain faham mengenainya,” katanya.

Yang aku peliknya fatwa tu untuk orang Islam sahaja yang ada bukan Islam pun pergi berdemo tuntut hak wtf!!!bodoh dan biadab

Lagi satu food Not Bombs ni pertubuhan yang tidak ada kaitan soal keagamaan dan hak wanita masuk berdemo sekali apa hal...?