Saturday, November 15, 2008

Akta Keselamatan Dalam Negeri,ISA


Abdullah Ahmad Badawi,pernah menyatakan pada tahun 1988 "Jika kita semua hendak menyelamatkan Malaysia dan UMNO, Dr Mahathir (Perdana Menteri ketika itu) mesti diguling. Dia menggunakan undang-undang kejam seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri untuk mendiamkan pengkritiknya." Tahun sebelumnnya, dia juga telah menyatakan "Undang-undang seperti ISA tidak punyai tempat di Malaysia moden. Ia merupakan perundangan tidak berperikemanusiaan dan jahat." Pada tahun 2003 apabila beliau menjadi Perdana Menteri pula, beliau mengatakan bahawa ISA adalah "undang-undang yang perlu," dan mengemukakan argumentasi "Kami tidak pernah menyalahgunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri. Kesemua mereka yang ditahan dibawahnya terbukti mengancam masyarakat secara umum."apa cer...?
Ini menunjukan ISA bukan sahaja menjadi kritikan oleh Parti Pembangkang dan NGO malah oleh ahli2 UMNO dan BN sendiri.

ISA bukan isu baru tapi sebelum merdeka lagi.Disebabkan sifat ISA yang tidak berperikemanusiaan, beberapa pertubuhan hak asasi manusia dan parti pembangkang telah mengritik Akta ini dan memanggil pemansuhannya. Kerajaan asing, terutama kerajaan Barat, juga telah menekan kerajaan untuk memansuhkan Akta.

Pandangan Orang Yang Menyokong Penggunaan ISA
Nak hapuskan ISA boleh. Tetapi masyarakat dan orang ramai, ahli-ahli parti politik dan penyokong-penyokong mereka kena diberi kursus khas dahulu.
1. Apa dia Akta Hasutan dan Akta Cetak?
2. Apakah dan siapakah yang dimaksudkan dengan racialist dan religious extremists dll yang berkenaan?
3. Bagaimana nak bantu Polis dalam siasatan keatas kes-kes hasutan dan kes cetak mencetak termasuklah penulis blog dan artikel di laman web .
4. Bagaimana nak bantu Polis dan Pendakwa Raya dalam perbicaraan di Mahkamah dalam kes-kes hasutan dan cetak mencetak.

Bila orang ramai semua sudah faham, sudah bersedia dalam perkara-perkara di atas barulah ISA dikaji semula sama ada boleh dipinda atau di gantung atau di hapuskan demi kepentingan keselamatan dalam negeri kita.

(betol jugak kan...)

Pandangan Orang Yang Membantah ISA
Sebagai sebuah deen yang sempurna, agama Islam yang diturunkan oleh Allah ini mencakup segala perkara dan tidak ada satu pun yang tertinggal darinya. Dalam bab pengqadhian (penghakiman), Islam telah menggariskan hukum dan kaedah yang lengkap yang wajib diikuti oleh umat manusia. Antara kaedah syarak yang masyhur di dalam bab penghakiman/keadilan Islam adalah “Al-Aslu bara’atu zimmah” yang bermaksud “seseorang itu tidak bersalah sehinggalah dibuktikan bersalah” (innocent until proven guilty). Mengikut kaedah ini, oleh sebab hukum asal bagi seseorang itu adalah tidak bersalah sehinggalah dibuktikan sebaliknya, maka seseorang itu tidak boleh dikenakan hukuman melainkan dengan keputusan mahkamah (setelah dibicarakan dan dibuktikan), dan seseorang itu tidak boleh sama sekali (secara mutlak) dihukum (punish) oleh mana-mana pihak selagi dia tidak disabitkan kesalahan [Syeikh Taqiyuddin an-Nabhani, Muqaddimah ad-Dustur, Fasal 13].

aku ada banyak lagi dalil-dalil yang lain tapi cukup setakat ini...

kesimpulannya
ISA undang-undang penjajah, dan kita telah lama merdeka,kenapa masih guna pakai undang-undang penjajah ini?
kalau ada masalah rujuk ke Al-Quran dan Sunnah semuanya lengkap.apa-apa pun balik kepada ajaran Islam.

hanya pandangan anak muda
pa alif lam ya

1 comment:

Bijen M. said...

pa alif lam ya = palat?..
betoi ka?..