Monday, January 5, 2009

Bidadari...

Bidadari...
yea! aku cukup mengenalimu...
namamu,asalmu,sekolahmu,kelasmu,
pendidikanmu,minatmu,warnamu,
kesukaanmu,dan dirimu...
wajahmu membuatku terlupa akan dukaku
adabmu buat aku menyukaimu
caramu buat aku kagum sekali
pertuturanmu buat aku selesa
ingin sekali aku mendampingimu
ingin sekali aku berbicara bersamamu
ingin sekali aku meluahkan isi hatiku

Bidadari,
Kau buat bibirku tersenyum bila melihat kau tersenyum
seolah-olah tiada duka yang kau hadapi
dirimu umpama bunga yang berduri
adabmu umpama puteri suci
caramu umpama bidadari
kemanisanmu bak embun pagi

Ingin sekali mahu aku bawa utusan hatiku bersama angin di sekelilingmu
agar kau tahu
betapa aku menyukaimu...
betapa aku cinta padamu...
betapa aku mahu kamu...
betapa kau harapanku...
impianku,bidadariku,puteriku,khyalanku,kekuatanku dan kelemahanku...

aku berharap agar kau mengenaliku...
aku bukanlah punjangga baris kata
aku bukanlah putera jiwa cinta
aku bukanlah sepandai arjuna dan rangga yang pandai bermadah ayat cinta
aku cuma insan yang biasa punya hati dan perasaan
aku cuma makhluk yang tidak lari dari kesilapan dan kesalahan
aku cuma lelaki yang mempunyaai cita-cita
aku tahu usaha aku tidak sehebat mana
tapi aku tetap akan cuba selagi daya badanku boleh berkerja...

4 comments:

Anonymous said...

sungguh halus tulisannya..mcm dlm novel jek..ori ke ctak rmpak?hahaha

Bijen M. said...

yerla..
aku ikot akmal nanges gak..
T.T

Bijen M. said...

eyh jap..
bertapa - mahaguru itu sedang bertapa..
betapa - betapa aku menyukaimu..
patutla hg nak belajaq sains ngn math lam bm..
=D

Pa Alif Lam Ya said...

Anonymous-nukilan itu adalah hasil karya pa alif lam ya sendiri berdasarkan apa yang terasa dalam hati menjadi kata baris agar dapat dihayati dan di ingati.

Bijen-terima kasih di atas kritikan anda.aku manusia yang lemah akan aku perbaiki,tapi jgnlh jadi sempit kpala hotak dlm soal BM rujuk balik kata-kata pemimpin PR dan bekas Timbalan Menteri Pelajaran serta GAPENA,apa kata mereka soal BM.IQRA lain kali baca,jgn baca UTUSAN saja.