Monday, January 5, 2009

Media Malaysia Yang Bodoh!!!

Sudah-sudah la media,sudah-sudah la nak bohong,nak putar belit,nak tipu rakyat,tipu bangsa.
Jangan fikir rakyat bodoh,lebih baik pergi cerita pasal artis lagi bagus dari nak berbicara soal politik.kalau crita pasal artis,artis jatuh tangga pun heboh,ceh!
Media Malaysia ni bukannya boleh pecaya sangat,bukannya boleh harap sangat.cerita lebih-lebih tak pernah betul tak pernah tepat pun
oi! RTM,TV3 media celaka!

aku bagi contoh la senang pasal isu Tadika Kemas kat Perak,apasal media ni bodoh sangat tak pergi tanya Menteri Besar Perak soal itu,dia pergi tanya orang lain,orang lain taw apa...
ini aku bagi kenyataan YAB Menteri Besar.

YAB Menteri Besar menjelaskan kerajaan negeri tidak pernah pun menutup atau mengarahkan mana-mana pihak untuk menutup mana-mana premis tadika kemas di negeri ini, sebaliknya mengalu-alukan kewujudan sekolah tersebut sebagai salah satu medium terpenting dalam usaha mendidik anak bangsa kita," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang mengatakan kononnya kira-kira 13,000 murid tadika di negeri ini mungkin terjejas pembelajaran mereka ekoran tindakan kerajaan negeri Perak mengarahkan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) mengosongkan 700 premis tadika milik agensi itu.

Dalam pada itu, menurut Ketua Penerangan pertubuhan tersebut, Ahmad Shahir Abdul Aziz ketika menjelaskan isu ini berkata pihak media khususnya media arus perdana sepatutnya meneliti dan menyiasat isu ini terlebih dahulu sebelum dihebahkan kepada umum.

Ini kerana lantaran daripada fitnah dan tuduhan palsu yang dilemparkan membuka ruang kepada kerajaan negeri untuk mengambil tindakan undang-undang.

"Kita berasa cukup terkilan dengan tuduhan berkenaan dan kita minta pihak media khusunya media arus perdana untuk berjumpa sendiri dengan pemimpin kerajaan negeri bagi mendapatkan penjelasan sebenar," jelas beliau.

Nampak! semuanya sebab media yang bodoh buat liputan Penipu!
saja maw buat Disaster...
ha! sekarang dah malu bukannya nak buat ulasan balik minta maaf ke,buat kenyataan yang betul balik,ini tak! senyap je
sombong,bongkak,angkuh,takabur,bodoh sampai mati la media malaysia!!!!

2 comments:

Anonymous said...

biasa la media memg mcm tu
penuh birokrasi
nk glamer je lebih

Pa Alif Lam Ya said...

yea! pa alif lam ya setuju.